Zubaidah kental sara keluarga

BANDA KABA 14 Mei – ‘Sudah jatuh, ditimpa tangga’, begitulah boleh diumpamakan dengan kehidupan yang terpaksa dilalui pasangan Zubaidah Din, 40, dan suaminya, Kamaruzzaman Ibrahim,39.

Berkongsi penderitaan yang dilaluinya, Zubaidah berkata, ia bermula sejak April lalu selepas suaminya terlibat dalam kemalangan motosikal.

“Akibat kemalangan tersebut, tempurung lutut kaki kirinya retak dan betisnya terpaksa dimasukkan besi. Disebabkan itu, dia tidak boleh berjalan dan berdiri seperti biasa.

“Kini, dia hanya mampu terbaring di rumah. Doktor juga mengesahkan, dia terpaksa memakai besi di kakinya sekurang-kurangnya untuk tempoh enam hingga tujuh bulan,” katanya kepada MelakaKini.

Jika sebelum ini pendapatan keluarga ditanggung suami, namun kini dia terpaksa mengambil alih tanggungjawab tersebut.

“Nasib saya masih baik kerana Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) membantu mendapatkan pekerjaan di sebuah sekolah tetapi pendapatannya tidak seberapa.

“Walaupun bantuan daripada MAIM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diterima, ia tidak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan keluarga kami,” katanya.

Sebagai pembantu di sekolah, Zubaidah menerima bayaran sejumlah RM520 manakala bantuan JKM RM450 dan bantuan MAIM iaitu bantuan makanan RM200 serta bantuan saraan anak sekolah RM200 untuk empat anaknya masih bersekolah.

“Dengan gaji dan bantuan tersebutlah saya guna untuk membayar yuran anak bersekolah tahfiz berjumlah RM300 sebulan, sewa rumah RM450 sebulan dan membeli keperluan harian lain.

“Buat masa ini memang saya buntu bagaimana nak teruskan kehidupan mendatang. Tambahan, saya perlu membawa suami menjalani rawatan di hospital,” katanya.

Lebih membebankan Zubaidah tidak mempunyai kenderaan untuk membawa suaminya ke hospital dan menghantar anak ke sekolah.

“Sepatutnya semalam suami perlu menjalani rawatan susulan, tapi, sebab tiada kenderaan, kami terpaksa tangguhkan. Malah saya juga berjalan kaki untuk bekerja dan menghantar anak sekolah di Durian Daun,” katanya yang mempunyai sebuah motosikal yang `uzur.’

Baru-baru ini, Zubaidah turut menerima bantuan persedian Ramadan daripada MAIM, bagaimanapun wang tersebut terpaksa digunakan untuk menanggung kos rawatan pembedahan kaki suaminya berjumlah RM500.

Sementara itu, Kamaruzzaman mengakui tertekan melihat keadaan isterinya itu.

“Sebelum ini walaupun kami tidak semewah mana tetapi pendapatan saya cukup untuk keperluan kami sekeluarga. Bila saya tidak boleh bekerja, semuanya berubah sekelip mata,” katanya.

Menceritakan detik kemalangan yang dialami, ia berlaku semasa pulang daripada berniaga di Semabok bulan lalu.

“Masa tu hujan lebat, sebab tak nampak, saya gosok mata. Sedar-sedar saja saya dah terbabas melanggar tembok batu di tepi jalan tersebut.

“Lebih menyedihkan doktor memberitahu peratusan bagi kaki saya sembuh seperti biasa juga sangat tipis dan mungkin saya tidak boleh berjalan lagi selepas ini,” katanya.

Dia bimbang keadaan tersebut menjejaskan kesihatan isterinya yang menghadapi ‘slip disc’.

“Buat masa ini kami teruskan kehidupan seperti biasa, cuma kalau boleh, kami harap ada pihak sudi membantu khususnya untuk kami mendapatkan rumah sewa lebih murah.

“Dengan keadaan sekarang, memang kami tak mampu nak bayar RM450 setiap bulan, jika ada lebih murah, pastinya sangat-sangat mengurangkan beban,” katanya.

Kamaruzzaman turut diuruskan sepenuhnya oleh anak lelakinya berusia 17 tahun.

“Kalau sebelum ni dia turut mencari wang dengan mengayuh beca, sekarang tidak lagi kerana dia perlu bantu saya khususnya bila hendak mandi dan membuang air besar,” katanya.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago