Categories: MELAKAPELANCONGAN

Zoo Melaka rancang konservasi bersama Orang Utan dengan Yayasan Pulau Orang Utan

AYER KEROH 14 Nov. – Zoo Melaka di sini mengemukakan kertas cadangan kepada Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah di Perak bagi melaksanakan program konservasi bersama Orang Utan di zoo tersebut.

Pengarah Zoo Melaka, Zanariah Khamis berkata, pihaknya telah mengadakan dua pertemuan dengan pihak yayasan setakat ini bagi membincangkan cadangan berkenaan.

Menurut beliau, pengasas Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah, Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar pada dasarnya bersetuju dengan cadangan tersebut dan akan membawa perkara itu pada mesyuarat ahli pemegang amanah yayasan untuk diputuskan.

“Pihak Yayasan Orang Utan akan melawat Zoo Melaka hujung bulan ini dan keputusan mesyuarat ahli lembaga pemegang amanah yayasan akan dimaklumkan pada waktu itu.

“Kita juga akan mengadakan perbincangan lebih lanjut mengenai program konservasi bersama ini pada pertemuan itu,” katanya kepada MelakaKini.

Zanariah berkata, berdasarkan kertas cadangan yang dikemukakan, Zoo Melaka meminta dua pasang Orang Utan dari Pulau Orang Utan di Bukit Merah Laketown Resort untuk dipinjamkan dalam tempoh antara lima hingga enam tahun bagi tujuan pembiakan.

Zoo Melaka, katanya, hanya mempunyai seekor Orang Utan betina berumur antara 25 dan 26 tahun ketika ini.

“Jika program konservasi bersama itu berjaya dimuktamadkan, Zoo Melaka juga akan menjalankan Tabung Orang Utan yang ditubuhkan pihak Yayasan Pulau Orang Utan bagi membantu membiayai ubat-ubatan, kerja penyelidikan dan juga makanan bagi Orang Utan di Pulau Orang Utan Bukit Merah,” katanya.

Menurutnya, Orang Utan dari Pulau Orang Utan Bukit Merah hanya akan dibawa masuk ke Zoo Melaka pada tahun hadapan selepas melalui proses-proses yang diperlukan.

Beliau berkata Zoo Melaka dan Yayasan Pulau Utan Bukit Merah perlu menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) jika mencapai persetujuan melaksanakan program konservasi bersama tersebut.

“Selepas menandatangani MoU, baru kita boleh mula mengisi borang-borang yang telah ditetapkan untuk kelulusan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan).

“Selepas Perhilitan memberi kelulusan dan kami menerima hitam-putih, baru haiwan tersebut boleh dipindahkan dari Bukit Merah ke Zoo Melaka,” jelasnya.

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment
Share
Published by
Roshidi Abu Samah

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago