Zon Bebas Kenderaan masih perlu kajian terperinci

AYER KEROH 30 Okt. – Pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan sekitar kawasan Tapak Bandar Warisan Dunia di negeri ini masih lagi dalam peringkat kajian meliputi pelbagai aspek di negeri ini.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Tey Kok Kiew berkata, kerajaan telah menerima kajian yang dibentangkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) itu, bagaimanapun ia perlu ditambah baik membabitkan pelbagai peringkat termasuk faktor jalan raya, peniaga dan penduduk.

“Kita tidak perlu tergopoh-gopoh untuk melaksanakan Zon Bebas Kenderaan di kawasan terbabit kerana masih banyak perkara yang perlu dikaji secara terperinci yang membawa kesan kepada semua pihak.

“Perkara ini telah dibentangkan MBMB namun ia penambahbaikan perlu dilaksanakan dan saya telah pun meminta mereka melaksanakan kajian semula agar perkara ini dilakukan dengan lebih terbaik.

“Walaupun perlaksanaan itu mampu memelihara bangunan-bangunan warisan di tapak yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) namun pelbagai faktor lain lagi perlu dikaji.

“Seperti contoh iaitu faktor peniaga di kawasan terbabit yang memerlukan kenderaan untuk membawa barangan jualan untuk akses keluar masuk di sekitar kawasan itu mendorong kepada kepayahan mereka sekiranya ia dilaksanakan.

“Seperti di negeri lain yang melaksanakan perkara ini kebanyakannya dilaksanakan di kawasan yang tiada kawasan penempatan namun di Melaka walapun ia kawasan warisan masih lagi ada penduduk yang menetap di kawasan ini dan perkara ini akan menjadi halangan buat mereka.

“Masih banyak lagi peringkat yang perlu dikaji termasok faktor pelancong, jalan raya serta pelbagai lagi dan sekiranya kita dapat menyelesaikan segala kekangan ini ia akan dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Simposium Kebangsaan Transformasi Pengurusan Bahan Rujukan Khazanah Warisan Negara Bersepadu 2019 di Hotel Mudzaffar, di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr. Khali Aziz Hamzah.

Program dua hari yang dijalankan tersebut membabitkan lebih 50 kakitangan jabatan dan agensi kerajaan seluruh negara bagi membincangkan budaya kreatif dan inovatif berkaitan pengurusuan aktiviti penyelidikan di negara ini.

Sementara itu, Khali berkata, pihaknya sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam pengurusan kelestarian alam sekitar di negeri ini.

Kata beliau, pihaknya sedia menawarkan khidmat nasihat menerusi pengurusan pembinaan Hutan Bandar bagi merangka kelestarian dalam sesebuah bandar dengan lebih strategik.

“Kita sedia menawarkan khidmat itu kerana kebanyakan isu yang terjadi seperti pokok tumbang di kawasan bandar dan sebagainya itu berpunca daripada kekurangan pendedahan pengurusan Hutan Bandar di sesetengah kawasan.

“Jika perkara ini dilaksanakan kita mampu mempertingkatkan kehijauan alam kita yang menjadi khazanah warisan di negara ini,” katanya.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago