Zakat RM30,000 MBSB bantu pelajar UTeM

Sepatutnya lebih banyak syarikat korporat bantu pelajar tidak berkemampuan kerana mereka golongan fisabilillah

DURIAN TUNGGAL 14 Jun – Malaysia Building Society Berhad (MBSB) menyerahkan zakat sebanyak RM30,000 kepada Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bagi pelajar yang memerlukan.

Sumbangan itu disampaikan MBSB kepada pihak UTeM dalam satu majlis ringkas di Bilik Mesyuarat Utama Kampus Induk UTeM, baru-baru ini.

Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr. Shahrin Sahib berkata, sumbangan zakat itu diagihkan kepada pelajar UTeM yang kurang berkemampuan dan keluarga yang berpendapatan dalam kumpulan B40.

Menurutnya, pemberian zakat itu inisiasif MBSB untuk membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan meneruskan pengajian di peringkat tinggi.

“Ia sekali gus meningkatkan taraf hidup ekonomi keluarga pelajar tersebut setelah mereka tamat pengajian kelak,” katanya.

Penyerahan itu diterima oleh Shahrin disaksikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Prof Dr. Nurulfajar Abd Manap.

MBSB diwakili Pegawai Eksekutif MBSB iaitu Regional Sales Manager Deposit & Remittance for Southern Region, Mohamad Rusydan Mohd Rahim, Regional Sales Manager for Southern Region, Mohd Hazuan Md. Nor dan Sales Manager Cawangan Melaka, Mohd Faqih Mustapha dan Hasmah Hashim.

Penyerahan zakat itu pertama kali dilaksanakan oleh MBSB kepada UTeM untuk disalurkan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

CATEGORIES
TAGS