Categories: MELAKA

Zakat Melaka kutip zakat online RM43.4 juta

BANDAR HILIR 27 Jun – Zakat Melaka mengutip sebanyak RM43.4 juta zakat menerusi pembayaran atas talian dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Omar Jaafar berkata, kadar kutipan itu meningkat sebanyak hampir 10 peratus berbanding tanpa menggunakan sistem itu dalam tempoh sama tahun lalu.

Menurut beliau, sehingga 20 Jun lalu bilangan pembayar zakat yang menggunakan pembayaran atas talian adalah seramai 38,472 orang iaitu meningkat sebanyak 2.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Kutipan zakat pada tahun yang lalu sebelum sistem ini digunakan adalah sebanyak RM39.4 juta dengan bilangan pembayar 37,496 orang iaitu meningkat sebanyak 9.97 peratus.. Bilangan pembayar meningkat 2.6 peratus.

“Adanya sistem membayar atas talian akan lebih memudahkan pengguna melakukan pembayaran dan pemotongan zakat secara terus,” katanya.

Beliau berucap pada majlis pelancaran Skim At-Taisir dan Skim EZ Zakat Muamalat di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Md. Azhan Samat dan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, Abdul Halim Ismail.

Menurut Omar, orang ramai berpeluang menggunakan kemudahan itu daripada Bank Muamalat sekali gus melayakkan untuk mendapat pelepasan cukai pendapatan.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat
Tags: Zakat Melaka

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago