Zainal selesa dengan persiapan awal pasukan, sasar empat teratas

PENGENDALI Melaka United (MU), Zainal Abidin Hassan lebih selesa dengan persiapan awal pasukannya musim depan dan yakin skuadnya tidak akan berdepan dengan masalah kekurangan pemain di setiap posisi, jika berdepan masalah penggantungan dan kecederaan.

MU kini katanya, mempunyai ramai pemain yang mampu menggalas tanggungjawab di posisi berlainan, meskipun pihak pengurusan meletakkan bajet yang agak ketat kali ini.

“Setiap posisi itu kita ada kelebihan satu pemain, di sini, jika ada pemain yang digantung (atau cedera), penggantinya tidak memiliki perbezaan yang terlalu jauh.

“Dengan bajet itu dan pasukan yang akan dibentuk, saya rasa mereka boleh pergi lebih jauh,” katanya yang menyasarkan kedudukan lebih baik musim depan.

MU musim ini menduduki tangga keenam dengan 33 mata selepas 22 perlawanan dan hanya dipisahkan satu mata dari Kedah yang menduduki tempat keempat.

Melihat kepada situasi itu, Zainal berkata, pasukannya kini mempunyai peluang lebih baik untuk menduduki kedudukan empat teratas, jika segalanya berjalan lancar sehingga penghujung musim.

“Tahun ini nombor enam, tetapi perbezaan kita tidak jauh, satu mata dengan nombor empat (Kedah) dan berkongsi mata bersama Perak yang menduduki tempat kelima.

“Jadi tahun ini persiapan lebih rapi dengan kebajikan pemain yang terjaga, pasukan ini akan pergi lebih jauh dari 2019 (keputusan akhir musim),” jelasnya.

Tambah Zainal, walaupun skuadnya kini dibarisi muka baharu, namun kesemuanya merupakan pemain senior yang mempunyai pengalaman dalam saingan Liga Super.

“Pemain boleh dikatakan banyak muka baharu, tetapi mereka ‘seasonal’ atau dah lama main dalam Liga Super.

“Yang saya harap paling penting adalah mencantumkan mereka sebagai satu pasukan,” jelasnya.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago