Zainal cemas serangan tumpul hadapi Pahang

PENGENDALI Melaka United (MU), Zainal Abidin Hassan enggan melihat lagi peluang menjaringkan gol gagal disempurnakan sepenuhnya ketika berdepan Pahang, Ahad ini.

Berdepan Pahang di laman sendiri merupakan tugas getir memandangkan skuad Tok Gajah itu memiliki reputasi tersendiri.

Beliau berharap anak buahnya kekal fokus dan mampu menajamkan penyudah di hadapan gawang tatkala penyerang holistiknya, Davy Claude Angan masih menjalani rawatan.

“Ini perlu dipertingkatkan dan diperbaiki kerana di suku akhir akan ada satu pasukan sahaja yang layak dan setiap jaringan itu amat penting.

“Kita perlukan peningkatan menjaringkan gol kerana kita kehilangan Angan dan berharap pemain lain dapat menajamkan (menyumbat) peluang yang diperoleh.

“Pemain perlu tingkatkan lagi prestasi kerana satu pasukan saja akan layak, mereka boleh meraikan detik manis layak ke pusingan seterusnya, tetapi selepas itu, perlu bertugas seperti biasa,” katanya.

Zainal berharap dua ayam tambatannya iaitu Faris Shah Rosli dan Mohd Nazrin Mohd Nawi sedia menyertai kesebelasan utama dalam misi mengejar kelebihan di laman sendiri ketika melayani kunjungan Pahang sebelum berkunjung ke Stadium Darul Makmur bagi perlawanan timbal balik 29 September ini.

“Tiada yang digantung, cuma ada pemain yang cedera iaitu Faris Shah dan Mohd Nazrin, harap kedua-duanya dapat kembali segera memandangkan Angan masih memerlukan rehat lebih lama,” katanya.


SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago