Ysuku oh Ysuku…

Ysuku oh Ysuku…

Hobi/minat tak salah tapi undang-undang kena patuh juga kan...

FENOMENA ‘trend’ Motosikal jenis Yamaha 15ZR atau nama popularnya ‘Ysuku’ sememangnya tidak boleh dinafikan memandangkan ianya menjadi kegilaan anak-anak muda, bahkan turut melanda golongan usia pertengahan.

Kalau diikut rupa, Ysuku memang mengancam dari segi rekaannya, dengan barangan aksesori yang sering ‘updated’ membuatkan sang pengguna Ysuku lagi bersemangat meleburkan wang poket mereka untuk menghiasi motosikal kegemaran mereka tu.

 

ARTIS/SELEBRITI PUN ‘KIPAS SUSAH MATI’ YSUKU

Artis terkenal, Zizan Razak

Lebih-lebih lagi ada segelintir artis/selebriti popular tanah air yang turut berkongsi minat terhadap model Ysuku ni. Malah mereka turut mempromosikan Ysuku di laman sosial mereka dengan mempamerkan modifikasi ‘upgrade’ ala-ala ‘scene motosikal moped’, sehinggakan ramai ‘followers’ mereka terikut-ikut cara modifikasi tersebut.

Padu memang padu, tapi apakan daya, Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/ Kawalan Lalu Lintas/ Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk menyita motosikal terbabit jika didapati ia melanggar undang-undang jalan raya. Ah sudah…

 

PDRM BAGI AMARAN, YSUKU TAK SALAH TAPI…

Namun, PDRM mempunyai alasan kukuh, iaitu, sebagai contoh, jika ‘Ysuku’ itu dijual dengan spesifikasi kelajuan 110 kilometer sejam (km/j), jangan ubah enjin untuk menunggangnya sehingga kelajuan lebih 140 km/j, ia melanggar undang-undang jalan raya.

Pihak polis juga bimbang motosikal itu tidak dapat menampung kelajuan baharu itu sekali gus menyumbang kepada peningkatan kes kemalangan maut.

Dari sudut positif, pihak polis sebenarnya begitu risau akan keselamatan mereka yang terlibat serta orang awam khususnya. Kalau boleh, perkara-perkara sebegini, kita patuhlah dengan undang-undang sedia ada demi kebaikan bersama. Tak mau gaduh-gaduh ya…

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES