Wujudkan jawatankuasa belia di setiap DUN

Wujudkan jawatankuasa belia di setiap DUN

Inisiatif yang baik untuk golongan belia...

MACHAP BARU – Kerajaan negeri mewujudkan jawatankuasa ketua belia di setiap Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) di negeri ini bagi memudahkan golongan berkenaan melaksanakan pelbagai aktiviti.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, sejumlah RM5,000 diperuntukkan kepada jawatankuasa terlibat bagi pelaksanaan program berkaitan.

Menurutnya, semua 28 Dun dalam negeri ini akan terlibat dengan inisatif tersebut.

“Tujuan kita adalah untuk memastikan ketua belia ni dapat merancang aktiviti dan program khusus kepada golongan berkenaan.

“Bagaimanapun, had umur tetap terikat kepada keputusan dibuat di peringkat persekutuan untuk pastikan program itu khusus dilaksanakan kepada belia,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Orang Asli Ngeri Melaka 2019 di Machap Baru, Alor Gajah, baru-baru ini.

Hadir sama Exco Wanita, Hal Ehwal Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar, Ginie Lim Siew Lin.

Tambah Adly, peruntukan bagi tahun berikutnya akan dikemaskini.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS