Waris Allahyarham Musa dicari

Waris Allahyarham Musa dicari

Moga dipermudahkan segala urusan

BANDARAYA MELAKA 20 Sept – Hospital Melaka (HM) sedang mencari waris seorang warga emas, Musa Katon, 70, yang meninggal dunia di hospital berkenaan pada 16 September lalu.

Allahyarham dimasukkan ke Wad 3-4 pada 26 Ogos lalu untuk menjalankan rawatan.

Difahamkan, sehingga hari ini masih tiada waris arwah yang datang menuntut mayatnya.

Sehubungan itu, pihak hospital meminta ahli keluarga atau saudara mara yang mengenali arwah tampil ke Hospital Melaka (HM) untuk urusan berkenaan.

Mereka juga boleh menghubungi Unit Perhubungan Awam HM di talian 06-2892344 (sambungan 2072/2056) atau menghubungi Jabatan Forensik HM di talian 06-2892344 sambungan 2515.

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS