Categories: JENAYAHMELAKA

Warga Myanmar ‘suap’ RM100, didenda RM10,000

AYER KEROH 14 Nov.- Seorang lelaki warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memberi rasuah RM100 kepada pegawai polis Ogos lalu.

Tertuduh, Mohamad Amin Aman Hussain, 21, yang juga seorang buruh membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin selepas mengangguk faham pertuduhan dan fakta kes yang dibacakan jurubahasa dalam bahasa Myanmar.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang juga pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) didakwa memberi rasuah RM100 kepada seorang Lans Koperal Polis Diraja Malaysia sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadapnya yang melakukan kesalahan menunggang motosikal tanpa lesen sah.

Kesalahan itu dilakukannya di Jalan Tebong, Alor Gajah di sini, kira-kira jam 6 petang, 28 Ogos lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 24(1) akta sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman diringankan kerana mempunyai ayah dan ibu yang sakit selain menanggung dua adik di Myanmar.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Pegawai Pendakwa Nur Syakila Yaacob memohon kepada mahkamah, mengenakan hukuman setimpal dan Mohd Nasir kemudian memerintahkan tertuduh dipenjara sehari dan denda RM10,000, jika gagal bayar boleh dipenjara tiga bulan.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago