Categories: Ketua MenteriMELAKA

Wanita mainkan peranan penting dalam membentuk hala tuju Melaka

PESERTA wanita yang menghadiri Pelancaran Muafakat NGO Wanita Melaka anjuran HARWANIS, berswafoto bersama Adly.

AYER KEROH 21 Feb. – Wanita memainkan peranan penting dalam pentadbiran Kerajaan Melaka, memandangkan hampir 40 peratus dari jumlah keseluruhan penjawat awam negeri ini dijawati golongan berkenaan dalam sektor pembuat dasar.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, perkara itu memainkan peranan besar terhadap pembangunan dan kelestarian negeri ini, sekali gus membolehkan anggota kerajaan menunjukkan prestasi cemerlang.

“Sepanjang kita mengambil alih kerajaan negeri, peranan penjawat awam kita begitu cemerlang.

“Peratus kecemerlangan itu juga disokong oleh peranan wanita di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Muafakat NGO Wanita Melaka anjuran Pertubuhan Amal Isteri Wakil Rakyat PH Melaka (HARWANIS) di Seri Bendahara, hari ini.

Adly turut menyarankan supaya pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita di negeri ini melibatkan diri dalam media maya.

“Kita minta supaya gabungan NGO wanita ini melihat semula kepada peranan-peranan yang boleh dikembangkan termasuk dalam aspek media maya.

“Kita harap lebih ramai wanita amnil alih peranan media maya supaya media maya mempunyai nilai kebajikan, kasih sayang yang boleh diterapkan selain aspek negatif saja,” katanya.

Ujarnya, gabungan NGO wanita merupakan inisiatif yang baik bagi perkongsian kepakaran khusunya dalam aspek peduli terhadap golongan wanita

“Kalau kita dapat menyatukan kepakaran dan menggabungkan institusi kewanitaaan, kita dapat memberi fokus dan menjadikan wanita di negeri ini diambil peduli,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi HARWANIS, Dalilah Awaludin dan lain-lain kenamaan.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago