Categories: MELAKA

Wang zakat BIMB bantu pelajar memerlukan

DURIAN TUNGGAL 26 April – Pejabat Bendahari Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerima sumbangan wang Zakat sebanyak RM30,000.

Ianya disumbangkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) bagi tujuan pengagihan kepada golongan pelajar yang memerlukan.

Sumbangan itu disampaikan oleh pihak BIMB kepada pihak UTeM dalam satu majlis ringkas di Bangunan Canselori Kampus Induk UTeM, baru-baru ini.

Naib Canselor UTeM, Prof Datuk Dr. Shahrin Sahib berkata, ianya merupakan sumbangan untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar UTeM dalam kategori kurang berkemampuan.

“Selain pelajar yang keluarganya pendapatan di bawah kumpulan B40 dan sangat memerlukan bantuan kewangan untuk meneruskan pengajian di universiti.

“Pemberian zakat kepada UTeM ini sebagai inisiasif Bank Islam membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian di peringkat tinggi,” katanya padanya majlis tersebut.

Penyerahan itu diterima Shahrin bersama Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Prof Datuk Dr. Mohd Razali Muhamad, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) Prof Dr. Nurulfajar Abd Manap, Bendahari UTeM Khairul Taib dan Pengarah Pusat Islam UTeM Dr. Muhd Akmal Noor Rajikon.

Pihak BIMB diwakili Pengurus Kanan Shariah Centre of Excellence, Zaini Maidin, Regional Deposit Business Manager (RDBM), Regional Office Southern, Mohamed Zaki Atip, Cash Management Manager, Cash Management, Muhammad Zafrie Ho Abdullah dan Deposit Manager, Rasul Zainal.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago