Wajib pergi Jonker Walk, NO 2 tu macam best jer…

Wajib pergi Jonker Walk, NO 2 tu macam best jer…

Tak sah ke Melaka kalau tak ke Jonker Walk...

DATANG Melaka untuk melancong, kalau dah melancong mestilah nak bawa ole-ole balik kan. Jangan risau, pergi je ke Jonker Walk mesti tak cukup tangan nak belikan buah tangan buat saudara mara, jiran dan sebagainya.

1. PASAR MALAM JONKER WALK

Haa..jom pakat ramai-ramai datang sini, dibuka setiap hari Jumaat hingga Sabtu bermula petang hingga lewat malam. Kalau datang sini pasti rambang mata, bukannya apa terdapat banyak barangan cenderamata yang dijual pada harga yang berpatutan termasuklah baju, beg dan barangan kraftangan. Apa lagi jom pergi hujung minggu ni!

2. MAMEE JONKER HOUSE

Wajib datang ke sini sebab ia sebuah restoran makanan halal di Jonker Street yang dibuka sejak Ogos 2012. Mamee Jonker House terbahagi kepada empat ruang iaitu Kafe Mamee, kedai cenderamata, Noodle Station dan Lil Monster Kitchen di mana ruang utama restoran menyediakan pelbagai pilihan makanan yang mendapat pengiktirafan halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Ianya dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 5 petang, manakala Jumaat hingga Ahad dari 10 pagi hingga 7 malam.

3. 3D JONKER WALK MELAKA

Terletak di Jalan Hang Jebat berhadapan Mamee Jonker House, pengunjung boleh merasai pengalaman serta bergambar di dalam rumah terbalik dari Pendarfluor 5D Muzium pertama di Melaka. Ia adalah gabungan Rumah Terbalik & 3D Muzium. Selain bergambar pengunjung juga boleh menikmati aiskrim panjang & cotton candy sparkle. Dibuka setiap hari Isnin hingga Khamis (10 pagi hingga 6 petang) dan Jumaat hingga Ahad (10 pagi hingga 10.30 malam).

4. BABA & NYONYA HERITAGE MUSEUM

Bagi mereka yang berminat tentang sejarah dan warisan Baba Nyonya, bolehlah berkunjung ke muzium ini. Muzium ini terletak di Jalan Tun Tan Cheng Lock, dibuka bermula jam 10 pagi hingga 5 petang setiap Isnin hingga Khamis, manakala Jumaat hingga Ahad bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS