MELANCONG ke Melaka bukan sahaja sekadar meneroka sejarah yang ada malah ramai yang datang ke sini semata-mata untuk menikmati makanan tradisional yang menjadi imej negeri ini sebagai negeri pelancongan.

Selain tidak melepaskan peluang bergambar berlatarbelakangkan imej bangunan lama di negeri ini ramai yang mengambil kesempatan itu untuk menikmati dan merakamkan gambar menu makanan tradisional Melaka yang mempunyai citarasa tersendiri.

Berikut merupakan makanan di Melaka yang perlu anda nikmati apabila datang ke negeri bersejarah ini.

1. ASAM PEDAS

Citarasa menarik dengan gabungan rempah tersendiri menjadikan imej asam pedas sinonim dengan Melaka.

Pelbagai jenis asam pedas yang boleh anda dapati di Melaka, antara yang menarik adalah asam pedas tetel, asam pedas ikan kembung, asam pedas telur ikan dan pelbagai lagi boleh didapati di mana-mana kedai makan di negeri ini.

Makanan yang menjadi sebutan ini menjadi pilihan pelancong disebabkan ‘rasa Melaka’ itu terdapat dalam juadah makanan tradisional ini.

2. Laksa Nyonya

Keberadaan Melaka yang dihuni oleh pelbagai kaum menjadikan pembawaan budaya ini diolah dalam juadah makanan masyarakat Melaka.

Laksa Nyonya yang membawa budaya Baba dan Nyonya sudah semestinya sebati dengan budaya dan keunikan yang ada di Melaka.

Citarasa laksa yang berkrim disirami dengan kuah kari serta limpahan tauhu dan ayam menjadikan ramai orang luar ingin mencuba makanan tradisional di negeri ini.

Bila datang kat sini, jangan lupa cari kedai makan ‘ala-ala’ nyonya di sekitar Bandaraya Melaka sebab mereka ada menyajikan makanan unik ini.

3. SERABAI

Serabai merupakan sejenis kuih yang dijadikan juadah minum petang dalam kalangan orang Melayu Melaka.

Rasanya seperti apam dimakan bersama siraman kuah pengat cukup memenuhi nafsu di dada, hilanglah kempunan di hati jika teringin menikmati makanan tradisi ini.

Kalau anda nak tahu, pada zaman dahulu kuih serabai ini sebenarnya dihidangkan apabila berlakunya kematian di rumah seseorang.

Apabila berlaku kematian, tuan rumah akan hidangkan kuih ini kepada tetamu berkemungkinan disebabkan ia mudah dimasak.

Ada juga orang Melaka melabelkan kuih tradisional ini sebagai `kuih orang mati’.

Bagaimanapun tradisi itu semakin dilupakan dan makanan ini telah diketengah dan dijual di mana-mana kedai termasuk bazar bagi mengekalkan makanan warisan di negeri yang digelar Bandar Warisan Dunia oleh UNESCO ini.

4. CENDOL

WALAUPUN cendol dilihat sebagai makanan ‘typical’ di mana-mana negeri di Malaysia namun di Melaka ada keunikannya tersendiri.

Ramai yang datang ke Melaka ingin menikmati cendol di sini disebabkan mutu gula melaka yang dibuat sendiri di negeri ini.

Cendol di mana-mana pun lebih kurang sahaja rasanya, namun apabila menikmati di bumi bersejarah dengan suasana persekitaran yang memikat sudah pasti ia menjadi tumpuan ramai pengunjung.

5. Keria

Makanan tradisi ini menggunakan menu asasnya iaitu isi keledek yang diadun bersama tepung agar menjadi doh adalah kuih tradisional yang terdapat di negeri ini.

Kuih yang digoreng seperti bentuk donat disirami dengan air gula berkaramel menjadikan ia kuih rebutan pengunjung yang datang ke Melaka.

Malah, apabila sesetengah gerai menjadi viral, ramai pengunjung sanggup beratur panjang untuk mendapatkan kuih tradisional ini untuk dinikmati pada waktu petang.

Kalau datang ke Melaka, jangan lupa, inilah antara menu wajib yang perlu anda nikmati. Kalau tak cuba mesti kempunan nanti!

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago