VSP bantu turun indeks jenayah

VSP bantu turun indeks jenayah

BANDARAYA MELAKA 15 April- Penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dilihat berkesan menangani masalah jenayah dalam negeri ini berikutan penurunan indeks jenayah sejak aplikasi itu diperkenalkan tiga tahun lalu.

Ketua Polis Melaka, Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, di Melaka sehingga hari ini seramai 36,600 penduduk sudah memuat naik dan mendaftar menjadi ahli VSP.

Katanya, angkat tersebut akan terus meningkat dari masa ke semasa kerana orang awam sudah mula sedar akan kepentingan aplikasi tersebut dalam menjaga keselamatan rumah mereka semasa ketiadaan mereka.

“Aplikasi VSP ini sebagai medium bagi membantu dalam memberi maklumat mengenai sesuatu kejadian jenayah dan pihak polis akan bertindak dengan kadar segera.

“Bukan sahaja maklumat daripada orang awam, tetapi cadangan juga boleh diberi bagi membantu pihak polis membanteras serta ambil pendekatan jenayah yang berlaku,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Program Pencegahan Jenayah dan Derma Darah yang turut dihadiri Timbalan Ketua Polis Melaka, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim, di Pusat Membeli Belah Aeon, di sini hari ini.

Raja Shahrom berkata, Melaka menduduki tempat ke-12 berbanding negeri-negeri lain di Malaysia di mana keadaan keselamatannya terkawal.

Jelasnya, pada program tersebut kontinjen PDRM Melaka turut serta menderma darah bagi menampung keperluan tabung darah di Hospital Melaka.

CATEGORIES