UTP, Altair Engineering bina pusat kecemerlangan

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Universiti Teknologi Petronas (UTP) dengan kerjasama Altair Engineering Sdn Bhd sebuah anak syarikat Altair Inc, sebuah syarikat tersenarai di Nasdaq, membina sebuah Pusat Kecemerlangan untuk Pengkomputeran Sains Gunaan, yang pertama seumpamanya di Malaysia.

UTP dalam kenyataan hari ini menyatakan pusat kecemerlangan itu bertujuan meningkatkan keupayaan penyelidikan universiti itu dalam bidang sains pengkomputeran dan kejuruteraan disamping meningkatkan lagi kedudukan universiti itu di Malaysia dan antarabangsa.

“Pusat Kecemerlangan itu akan memfokuskan kajian berkaitan ‘multi-physics’, ‘multi-scale modelling’, selain Internet Pelbagai Benda (IoT) untuk beberapa tahun akan datang.

Naib Canselor UTP Professor Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib berkata, UTP mempunyai reputasi yang tinggi dalam pendidikan berkualiti dan inovasi penyelidikan.

Beliau berkata, UTP percaya kepada kesan penyelidikan yang meluas dalam membantu pelajarnya bersedia untuk cabaran yang datang, bersama Industri 4.0, dan dalam masa yang sama membawa lebih banyak solusi mampan untuk mempertingkatkan daya saing teknologi negara.

“UTP bangga untuk bersama Altar, yang merupakan peneraju dalam bidang simulasi dan penyelesaian kejuruteraan, untuk mencapai satu tahap penyelidikan baharu yang membawa impak positif jangka panjang kepada perniagaan dan komuniti di Malaysia,” katanya.

Dengan transformasi Industri 4.0 yang semakin meningkat, UTP percaya universiti bertanggungjawab untuk menyediakan bukan sahaja pengetahuan domain yang terbaik kepada pelajarnya, tetapi juga pengalaman latihan industri bagi membantu mereka berhadapan dengan tanggungjawab baru yang dibawa ‘digitisation’.

Sementara Pegarah Urusan Altair Malaysia dan ASEAN S. Srirangam berkata, mereka bangga kerana terpilih sebagai rakan kongsi utama Pusat Kecemerlangan itu.

“Ia satu kerjasama unik. Kami melihat kerjasama  itu akan membuahkan hasil bersama UTP, berkongsi kepakaran dan teknologi kami, bagi membantu sekumpulan mereka yang berbakat untuk mencipta pembangunan dan inovasi untuk sektor minyak dan gas di Malaysia,” katanya.

Pengerusi Petronas dan Pro Canselor UTP Datuk Ahmad Nizam Salleh telah menyaksikan majlis pelancaran rasmi Pusat Kecemerlanan itu pada November tahun lepas.

— BERNAMA

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago