Categories: MELAKA

UTeM lantik 2 Penolong Naib Canselor

DURIAN TUNGGAL 13 Mei – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengumumkan pelantikan semula Prof Dr. Goh Ong Sing sebagai Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat).

Pelantikan itu berkuatkuasa selama dua tahun bermula 19 April lalu hingga 18 April 2021, pelantikan beliau yang pertama memegang porffolio ini adalah sejak April 2017.

Ong Sing meneruskan kecemerlangan UTeM dalam mengukuhkan jalinan strategik dan keberkesanan UTeM menerusi jaringan industri multinasional dan tempatan di samping masyarakat.

Pada masa sama, UTeM turut mengumumkan Prof Mohd Rahimi Yusoff sebagai Penolong Naib Canselor (Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti) yang baharu.

Pelantikannya berkuatkuasa 19 April lalu hingga 18 April 2022 menggantikan Prof Dr. Mohd Ridzuan Nordin yang telah tamat tempoh perkhidmatannya.

Mohd Rahimi sebelum ini merupakan Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektrik (FTKEE) dan Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) sejak September 2011 hingga April 2019.

Beliau pernah menyandang jawatan sebagai Pengarah Pejabat Perancangan dan Komunikasi Korporat (PPKK) sejak beliau mula berkhidmat di UTeM pada tahun 2009.

Beliau juga berkhidmat selama 15 tahun dengan Universiti Multimedia (MMU) dan pernah memegang beberapa jawatan penting seperti Ketua Pusat Diploma dan Program Affiliasi dan Pengarah Pusat Pengajian Asas dan Pendidikan Lanjutan (FOSEE).

Diikuti, memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Universiti Multimedia Sdn. Bhd. (anak syarikat MMU).

Selain menerajui beberapa projek usahasama antara MMU dan universiti di peringkat antarabangsa seperti di Ghana, Afrika Selatan, Sudan dan Indonesia.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin
Tags: UTeM

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago