UTeM, guru, murid kongsi teknik suntingan video

UTeM, guru, murid kongsi teknik suntingan video

ilmu perlu dikongsi, bukan disembunyi...

DURIAN TUNGGAL 24 Mei – Seramai 17 guru dan murid TV Pusat Sumber Sekolah (TVPSS) Sekolah
Kebangsaan Duyong menimba pengalaman baharu apabila mempelajari teknik suntingan video-audio serta produksinya, baru-baru ini.

Kepakaran itu dikongsikan Jabatan Multimedia Interaktif, Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menerusi Bengkel Asas Suntingan Video-Audio dan Produksi.

Dekan FTMK UTeM, Dr. Othman Mohd berkata, ia memberi pendedahan mengenai asas penyuntingan video dan audio menggunakan perisian terkini.

Bengkel itu katanya, bertujuan menggilap bakat murid untuk produksi Saluran Hang Tuah sekolah itu dalam menghasilkan video Pusat Sumber Sekolah.

“Menerusi program ini, ia memberi peluang kepada peserta untuk lihat sendiri kecanggihan kemudahan studio, bilik rakaman suara dan peralatan produksi di Jabatan Multimedia Interaktif, FTMK.

“Kita terima respon positif daripada pihak sekolah dan mereka harap supaya program ini dapat membantu Hang Tuah Channel menghasilkan lebih banyak video pendidikan berkualiti,” katanya.

TVPSS adalah projek khas berinovasi Pusat Sumber Sekolah-Sekolah di Malaysia dalam menyokong Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) abad ke 21.

Hadir sama, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Duyong, Mohd Fares Mustafa dan Ketua Jabatan Multimedia Interaktif, FTMK Dr. Haziq Lim.

CATEGORIES
TAGS