Categories: MELAKAPELANCONGAN

UTeM beri perhatian serius kebersihan Sungai Melaka

BANDARAYA MELAKA 14 Ogos – Seramai 30 kakitangan dan pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menyertai program membersihkan Sungai Melaka, di sini, baru-baru ini.

Program yang dijalankan dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) itu melibatkan laluan sungai dari Jeti Taman Rempah hingga ke kawasan pembangunan Sungai Melaka Fasa-2 berhampiran Terminal Melaka Sentral.

Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) UTeM, Prof Ts. Dr. Goh Ong Sing, berkata, kebersihan Sungai Melaka perlu diberi perhatian serius kerana ia adalah nadi kepada kehidupan dan hasrat UTeM adalah untuk bersama-sama menyumbang kepada pemuliharaan Sungai Melaka yang juga merupakan destinasi pelancongan penting di negeri ini.

“Selain membersihkan Sungai Melaka, matlamat program ini adalah untuk memupuk semangat cintakan sungai dan mewujudkan kesedaran dalam kalangan komuniti setempat akan pentingnya menjaga sungai kita.

“Sungai, sekiranya tidak dipelihara, boleh menyebabkan fenomena buruk seperti banjir dan pencemaran air,” katanya kepada MelakaKini selepas mengadakan program tersebut, baru-baru ini.

Jelasnya, UTeM diberi kepercayaan oleh kerajaan negeri untuk mengetuai kluster Smart Environment and Smart Energy di bawah inisiatif Melaka Smart City.

“Antara program yang akan dilaksanakan adalah program Smart River di mana lima aktiviti telah dirancang iaitu pertandingan Smart River Challenge, membangunkan sistem pemantauan kualiti air dan banjir, penghasilan basikal air Hydro-Bike, penanaman pokok Tecoma dan penganjuran Melaka River Run,” katanya.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu juga mendapat perhatian Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Dr. Wong Fort Pin.

Beliau turut meluangkan masa untuk bersama warga UTeM ketika aktiviti pembersihan dijalankan.

Oleh AZHAR YUSOF

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Yusri Sahat

Leave a Comment

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago