Categories: MELAKA

UTeM aktif jalankan khidmat komuniti

DURIAN TUNGGAL 16 Mei – Tidak hanya memfokuskan bidang pendidikan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) turut aktif menjalankan pelbagai aktiviti dalam pembangunan komuniti.

UTeM menerusi Pusat Pembangunan Komuniti dan I-CoE, Pejabat Penolong Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) (PJIM) mengadakan pelbagai aktiviti termasuk menjayakan Nanum Village, A Community Sharing Programme yang dijalankan sejak tahun 2015 dengan kerjasama Kementerian Pendidikan.

Pengarah Pusat Pembangunan Komuniti dan I-CoE, PJIM UTeM, Prof. Dr. Mohamad Zoinol Abidin Abd. Aziz berkata, inisiatif itu diteruskan di Kampung Ulu Tual, Kuala Lipis, Pahang dengan golongan komuniti di kawasan itu, baru-baru ini.

Katanya, pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti permainan robotik bersama kanak-kanak setempat dan sukarelawan UTeM.

“Terdapat juga pemeriksaan kesihatan dan permainan sukan rakyat melibatkan hampir 50 sukarelawan UTeM dan universiti awam lain.

“Antara sukarelawan terlibat dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),” katanya.

Hadir sama, Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE) UTeM, Prof Dr. Md. Nazri Othman dan Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer (FKEKK) UTeM, Prof. Dr. Mohd Shakir Md. Saat.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin
Tags: UTeM

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago