Ustaz Firdaus Wong dalam Bicara Ilmu di Masjid Asy-Syuja’ah, Merlimau 24 Feb

AYER KEROH 20 Feb. – Umat Islam dijemput menghadiri program Bicara Ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Firdaus Wong di Masjid Asy-Syuja’ah, Merlimau Utara pada 24 Februari ini.

Program bicara ilmu bertajuk Dakwah@Didakwa itu diadakan selepas solat maghrib.

Program anjuran bersama Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dan Multiracial Reverted Muslim (MRM) itu diadakan sempena Sambutan Ulangtahun MPJ ke-13.

Sehubungan itu, umat Islam diajak menunaikan solat maghrib secara berjemaah di masjid berkenaan sebelum program bermula.

Ustaz Firdaus merupakan pengasas dan Presiden MRM.

MRM adalah sebuah badan bukan kerajaan yang menjalankan pelbagai program pembangunan dakwah dan Kebajikan kepada masyarakat Islam terutama golongan mualaf serta bukan Islam.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago