Categories: EkonomiMELAKAUsahawan

Usahawan perlu pasar produk secara ‘online’

AYER KEROH 25 Okt. – Berniaga secara atas talian atau ‘online’ merupakan platform yang baik untuk mengetengahkan produk usahawan tempatan di negeri ini.

Usaha itu dilaksanakan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) melalui kaedah digital.

Pengarah KEMAS Negeri, Abdul Rahim Omar Baki berkata, pihaknya berperanan mengajar usahawan KEMAS untuk mempromosikan produk melalui kaedah tersebut.

“Kita memberi ruang kepada mereka (usahawan) belajar dengan kita buat secara online, kita akan ajar bagaimana untuk promosikan produk mereka secara atas talian.

“Usahawan ini akan mendapat nasihat konsultan dan mereka diberi ruang untuk pamerkan produk-produk melalui atas talian,” katanya.

Jelasnya, usahawa tersebut tidak perlu lagi membuka gerai, malah boleh berniaga di rumah selain memastikan barangan dijual berkualiti.

“Setakat ini usahawan KEMAS ada 40 orang, jumlah ini agak kecil dan diharap akan ada pertambahan dari semasa ke semasa,” katanya.

Liana binti Sahabudin

Leave a Comment
Share
Published by
Liana binti Sahabudin

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

11 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago