Usaha hidupkan sukan rakyat yang kian terpinggir

MUHAMMAD ZAIDEE DAUT

SERKAM 31 Dis. – Sukan rakyat yang suatu ketika dahulu sering menjadi tumpuan masyarakat harus diteruskan bagi memastikan ia tidak terus pupus ditelan arus pembangunan dan perkembangan teknologi maklumat masa kini.

Pengerusi Persatuan Belia MAYC Wawasan Serkam Pantai, Mohd Shahrizan Saat berkata, pada masa ini sukan rakyat atau sukan tradisional kian terpinggir dalam kalangan generasi muda berikutan kepesatan ledakan teknologi maklumat.

Justeru, persatuan belia terbabit menganjurkan Program “Sukan Rakyat Belia Bersama Masyarakat Kampung Serkam Pantai 2019” dengan matlamat memastikan sukan rakyat terus subur di hati generasi muda.

“Dalam negara menuju Revolusi Industri 4.0, segala pekerjaan dan urusan harian kini lebih banyak menumpukan kepada aspek yang lebih moden termasuk penggunaan gajet berteknologi tinggi di peringkat semua lapisan usia.

“Malah permainan pada masa kini juga turut menggunakan gajet yang hanya di hujung jari sekali gus menghakis sentuhan keinsanan dan atas kesedaran itu, kami mengambil langkah menganjurkan program ini.

“Ini secara tidak langsung akan dapat mengeratkan lagi silaturrahim dalam kalangan masyarakat khususnya penduduk kampung ini dan dapat menghindari golongan remaja daripada melepak dan membuang masa tanpa hala tuju,” katanya.

Pada program yang dihadiri kira-kira 300 penduduk itu, pelbagai acara diadakan seperti merentas desa, boling padang, tarik tali, mewarna kanak-kanak dan sukan baru seperti Beyblade.

Hadir sama pada program itu, Naib Presiden MAYC Kebangsaan, Shahrom Mohd dan Pengerusi MAYC Negeri Melaka, Asrul Khan Sher Jang Khan.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago