Categories: MELAKA

UPDATE SAMB: Info pergerakan lori tangki air 26 September 2019 (Khamis)

SYARIKAT Air Melaka Berhad (SAMB) menerusi hantaran di Facebook rasminya https://www.facebook.com/SYARIKATAIRMELAKABERHAD/ memohon para pengguna yang terjejas akibat gangguan bekalan air dapat bersabar dan pihak SAMB memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi.

Kenyataan itu menjelaskan penghantaran Lori Tangki ke tempat-tempat yang tidak dijadualkan akan dilihat semula pada hari ini agar, pihak syarikat dapat memberi pembekalan air bersih yang adil dan saksama bagi semua kawasan yang terkesan.

“Sekiranya tuan/puan tidak dapat berada di kawasan rumah semasa penjadualan penghantaran Lori Tangki tersebut, tuan/puan boleh menyediakan bekas penyimpanan air di luar kawasan rumah agar kami dapat menyalurkan bantuan air tersebut.

“Terdapat pertambahan kawasan yang terjejas akibat fenomena tersebut, para pengguna yang berada dalam kawasan yang tidak dijadualkan dalam Jadual Penghantaran Lori Tangki, diharap bersabar kami berusaha sehabis baik bagi memastikan semua pengguna yang terjejas dapat menerima bekalan air melalui penghantaran lori tangki. Para pengguna juga dinasihatkan agar dapat menggunakan bekalan air di tangki statik yang ditempatkan di kawasan terjejas,” katanya.

Pengguna dinasihatkan untuk menyimpan air yang mampu bertahan selama 24 jam (1 hari) untuk kegunaan harian jika berlakunya gangguan bekalan air.

Mohon kerjasama pengguna yang masih terputus bekalan air untuk membuat aduan terus ke Pusat Khidmat Pelanggan SAMB yang beroperasi 24 jam di 15800 /1800-88-5800 atau klik https://kliksini.my/PKPSAMB untuk aduan dan pertanyaan melalui SMS/Whatsapp.

Berikut adalah Jadual Penghantaran Lori Tangki pada 26 September 2019 ;-

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago