Categories: MELAKA

UPDATE SAMB: Bantuan tangki air digerakkan ke kawasan yang telah terputus bekalan air melebihi 24 jam

AYER KEROH 5 Dis. – Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) sebentar tadi telah mengeluarkan kenyataan menerusi hantaran di laman Facebook rasminya SYARIKATAIRMELAKABERHAD, bahawa SAMB sedang giat menstabilkan semula Kolam yang terjejas dan memastikan bekalan air sampai ke setiap premis pengguna selepas, semalam (4 Disember) pada jam 9.20 malam pihak SAMB telah melepaskan air Empangan Durian Tunggal ke Sungai Melaka bagi memastikan paras sungai lebih stabil, rentetan Negeri Melaka sedang mengalami purata hujan yang rendah di hulu Sungai Melaka dan mengakibatkan paras air di kolam tadahan serta Sungai Melaka berada dalam keadaan yang tidak memuaskan.

“Adalah dimaklumkan bahawa Negeri Melaka sedang mengalami purata hujan yang rendah di hulu Sungai Melaka dan mengakibatkan paras air di kolam tadahan serta Sungai Melaka berada dalam keadaan yang tidak memuaskan. Oleh itu Loji Air Sebukor telah mengurangkan operasi sebanyak 22 MLD dan Loji Air Bertam berkurangan sebanyak 34 MLD.

“Walaubagaimanapun, pihak SAMB telah melepaskan air Empangan Durian Tunggal ke Sungai Melaka pada 4 Disember 2019 jam 9.20 malam semalam bagi memastikan paras Sungai Melaka lebih stabil dan operasi Loji telah dijalankan seperti biasa pada jam 11.30 pagi tadi. Sehubungan dengan itu, bantuan tangki air akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang telah terputus bekalan air melebihi 24 jam.

“Pihak SAMB sedang giat menstabilkan semula Kolam yang terjejas dan memastikan bekalan air sampai ke setiap premis pengguna. Segala kerjasama pengguna sepanjang tempoh gangguan adalah amat dihargai. Terima kasih dan mohon maaf atas kesulitan,” jelas kenyataan tersebut.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan Pusat Khidmat Pelanggan SAMB yang beroperasi 24 jam di 15800 atau klik https://kliksini.my/PKPSAMB untuk aduan dan pertanyaan melalui SMS/Whatsapp.

Antara kawasan yang terjejas adalah;

ALOR GAJAH
1. Bukit Bulat
2. Menggong
3. Melaka Pindah
4. Machap Umboo
5. Pengkalan
6. Hutan Percha

JASIN
1. Kg Jus
2. Selandar
3. Kg Bukit Senggeh
4. Felda Bukit Komeng
5. Felda Sri Kemendor
6. Felda Air Kangkung
7. Taman Sri Kemendor
8. Kg Sri Kesang
9. Jalan Selandar Permai
10. Taman Jus Perdana
11. Taman Selandar Indah
12. Taman Pelangi
13. Taman Sri Selandar
14. Taman Selandar Murni
15. Kg Baru Selandar
16. Taman Bukit Senggeh
17. ILP Selandar
18. Kolej Komuniti

MELAKA TENGAH
1. Lorong Pandan
2. Kesidang
3. Kampung Lapan
4. Kota Laksamana
5. Semabok
6. Bachang
7. Batu Berendam
8. Taman Sayang Selasih
9. Limbongan
10. Klebang Besar
11. Ujong pasir (dijangka)
12. Kandang
13. Padang Temu
14. Bukit Godek
15. Taman Sri Duyung
16. Taman Sri Duyung Seksyen 1,2 & 3
17. Taman Desa Duyung
18. Permatang Pasir
19. Bukit Lintang
20. Alai

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

5 days ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago