Categories: AnalisisMELAKA

Untung rakyat Melaka…

SETAHUN menerajui kerajaan sedia ada, Pakatan Harapan (PH) khususnya di negeri ini komited membantu rakyat menerusi pelbagai bidang.

Di Melaka umumnya, kerajaan negeri dilihat sentiasa memandang serius kemampuan penduduk untuk membeli dan memiliki kediaman idaman mereka.

Hal ini terbukti apabila kerajaan negeri menerusi pimpinan Ketua Menteri, Adly Zahari membuka lebih banyak peluang kepada rakyat di sini untuk mempunyai rumah sendiri.

Tidak hanya memfokuskan golongan mampu tetapi lebih menarik golongan tidak mampu seperti golongan miskin tegar turut menerima manfaat.

Malahan, golongan belia, pasangan baru berkahwin serta golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) juga tidak terkecuali.

Antara rumah-rumah yang disediakan ini termasuklah Rumah Kos Rendah RM42,000, Rumah Harapan (RM80,000 hingga RM100,000), Rumah Mampu Milik (RM100,000 hingga RM180,000), Rumah Belia (RM162,000), Rumah Kos Sederhana (melebihi RM180,000), Rumah Berkat (sewa bulanan RM150) dan Rumah Peduli (bagi miskin tegar yang memilikki tanah sendiri).

Rumah-rumah ini pula diklasifikasikan penjenamaannya bagi memudahkan rakyat memilih rumah yang dibangunkan kerajaan negeri mengikut kesesuaian dan kemampuan masing-masing.

RUMAH PEDULI

Kerajaan negeri memperuntukkan RM3 juta setahun bagi pelaksanaan rumah ini membabitkan dua fasa iaitu pembinaan dan pembaikan projek Rumah Peduli berharga RM30,000 seunit.

Ia diseliakan Exco Wanita, Pembangunan Keluarga, Hal Ehwal Kebajikan dan Orang Asli negeri, Ginie Lim Siew Lin dan JKR (Jabatan Kerja Raya).

Rumah ini percuma khusus kepada mereka mempunyai tanah dan ditafsir sebagai miskin tegar dan sukar mendapatkan rumah. Pemilihan permohonan ini akan diselia oleh Lembaga Perumahan Melaka (LPM).

RUMAH BERKAT

ADLY menyampaikan replika kunci kepada pemilik rumah berkat pangsapuri Kampung Padang.

Sehingga kini kerajaan negeri menerima 57 permohonan rumah berkat di bawah pengurusan LPM.

Bagi peringkat pertama, seramai 26 pemohon telah diberikan tawaran selepas proses penilaian kelayakkan dibuat dan 17 darinya telah menerima tawaran tersebut dan lapan penerima telah mendiami rumah masing-masing.

Rumah Pangsa Kampung Padang merupakan rumah pertama bagi program Rumah Berkat dan kerajaan negeri telahpun mengenalpasti beberapa lokasi lain untuk menampung permohonan rumah berkat.

Rumah ini khusus untuk pasangan baru berkahwin dan hanya RM150 perlu dibayar sebulan. Tempoh diberikan untuk menyewa di sini selama tiga tahun.

Kerajaan neegeri menyasarkan 500 unit rumah berkat dalam tempoh lima tahun.

RUMAH HARAPAN

Ia sebagai salah satu usaha kerajaan negeri membantu pemilikan rumah bagi kumpulan masyarakat berpendapatan isi rumah berpendatan rendah (B40).

Rumah ini ditawarkan pada anggaran harga bermula dari RM80,000 hingga RM180,000 menerusi kerjasama pintar bersama syarikat swasta berkelayakan.

Menerusi kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Bank Negara, kerajaan negeri berharap kekangan mendapatkan pinjaman bank bagi pemilikan rumah B40 dapat diatasi seterusnya membantu mereka memiliki kediaman sendiri.

RUMAH BELIA

RUMAH belia antara solusi membantu belia memiliki rumah sendiri.

Melaka menjadi perintis kepada program perumahan untuk golongan belia di bawah kategori isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) yang berusia antara 18 hingga 35 tahun.

Menerusi projek Rumah Belia Melaka (RBM), sebagai permulaan, kerajaan negeri menerusi LPM bersetuju membina sebanyak 280 unit RBM di Bukit Tambun, Durian Tunggal sebelum diperluaskan di kawasan lain mengikut peringkat.

Dibuka pada harga RM180,000 seunit, pembeli disediakan beberapa lagi keistimewaan seperti pengecualian bayaran wang pendahuluan sebanyak 10 peratus bernilai RM18,000, bayaran yuran guaman jual beli dan pinjaman bank serta bayaran kos pindah milik yang dianggarkan sebanyak RM7,000.

Jumlah penjimatan yang akan dinikmati pembeli dalam kalangan belia kira-kira RM25,000.

RUMAH MAMPU MILIK

Kerajaan negeri menyasarkan dalam tempoh lima tahun akan datang sekurang-kurangnya 49,000 Rumah Mampu Milik (RMM) di negeri ini dibina sekali gus memberi peluang kepada rakyat memiliki kediaman sendiri.

Pembinaan lebih banyak RMM merupakan bukti jelas komitmen tinggi kerajaan negeri untuk menjayakan program pembinaan rumah kategori tersebut.

Admin MelakaKini

Leave a Comment

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

5 days ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

3 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

3 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

3 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

3 months ago