Undang-undang dan pengampunan Raja

Undang-undang dan pengampunan Raja

Melindungi rakyat dan menegakkan keadilan..

MALAYSIA merupakan salah satu negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan, ianya merupakan legasi sistem politik yang masih kukuh digunakan sehingga hari ini.

Institut Raja di Malaysia telah mengalami perubahan bermula dari sistem Beraja Mutlak sehingga sistem Raja Berperlembagaan.

Sistem Raja Mutlak memberi kelebihan kepada Raja dengan kuasa yang mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dan turut serta dibantu oleh pembesar-pembesar yang telah dilantik.

Raja atau Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang telah dilantik oleh Majlis Raja-Raja bagi tujuan melindungi rakyat dan menegakkan keadilan.

 

PERUNDANGAN

YDPA memiliki keistimewaan untuk menerima mahupun menolak sesuatu Rang Undang-undang melalui proses pembentangan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Tempoh diberi dalam 30 hari selepas sesuatu Rang dikemukakan bagi memperkenakan Rang Undang-undang untuk menerima cop Mohor Besar.

Apabila sesuatu Rang Undang-Undang telah diluluskan oleh Majlis Parlimen tempat Rang Undang-Undang itu bermula, maka Rang Undang-Undang itu hendaklah diserahkan kepada Majlis Parlimen.

Rang Undang-Undang itu hendaklah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan olehnya apabila telah diluluskan oleh Majlis Parlimen dan mendapat persetujuan yang telah dicapai antara kedua-dua Majlis Parlimen itu mengenai apa-apa pindaan atau cadangan yang dibuat dalam Rang Undang-Undang itu

Seterusnya setiap undang-undang dan sistem perundangan yang dibuat, secara universal mempunyai tujuan utama seperti menjaga keamanan Negara dan mengelakkan kenaikan kes jenayah.

 

KUASA PENGAMPUNAN

YDPA mempunyai kuasa dalam mengampunkan bagi seseorang yang melakukan kesalahan.

Seseorang yang melakukan kesalahan masih lagi mampu untuk memohon kemapunan melalui YDPA sebagai langkah terakhir jika tiada keadilan.

YDPA akan memainkan peranan untuk menasihati dalam menjalankan kuasa pengampunan.

YDPA berkuasa dalam mengampunkan, menangguhkan serta meringankan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Tentera dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah di negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan.

Seterusnya, terdiri daripada tiga orang yang terlibat dalam Lembaga Pengampunan yang dilantiknya sendiri iaitu Peguam Negara, Menteri yang telah dipertanggunjawabkan serta Wilayah Persekutuan.

Mereka yang telah mendapat keampunan melalui YDPA merupakan insan yang bertuah kerana masih diberi peluang buat kali kedua untuk meneruskan kehidupan. Hargailah peluang yang diberikan.

Oleh NURSYUHANA ZAINAL ABIDIN

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS