Categories: MELAKA

Ranking Kedudukan UTeM terus menyerlah

Oleh ROSLAN MOHAMAD

DURIAN TUNGGAL 27 Dis. – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) komited dalam penerapan amalan hijau serta langkah kawalan pengurangan ‘carbon footprint’ yang memberi impak langsung kepada iklim dunia secara global.

Penerapan tersebut diadakan menerusi Pusat Kelestarian dan Alam Sekitar (PKA) dan
dengan pencapaian itu, PKA UTeM baru-baru ini, telah dianugerahkan sijil penghargaan.

Anugerah itu diperolehi dari Integrated Laboratory and Research Center (ILRC), University of Indonesia di atas pencapaian UTeM yang mendapat kedudukan ke-148 daripada 719 universiti melibatkan 81 negara seluruh dunia dalam UI GreenMetric World University Ranking.

UI GreenMetric World University Ranking yang diadakan itu adalah inisiatif Universitas Indonesia yang dilancarkan pada 2010.

Ianya merupakan kaedah digunakan untuk memberikan penghargaan kepada ribuan universiti di seluruh dunia dalam usaha mengurangkan carbon footprint dalam perubahan iklim global.

Pengarah PKA, Prof. Madya Juhari Ab. Razak berkata, pencapaian itu adalah peningkatan dari kedudukan tahun lalu yang diterima iaitu tempat ke-170 dari 619 universiti seluruh dunia pada tahun 2017 dan tempat ke-269 dari 519 universiti seluruh dunia pada 2016.

Juhari menzahirkan penghargaan kepada kakitangan PKA dan beberapa PTj terlibat menyediakan maklumat dan pelbagai lagi usaha secara langsung yang telah menyumbang kepada kejayaan tersebut.

Jelasnya, kaedah pemarkahan secara seragam telah digunakan bagi menentukan susunan kedudukan universiti untuk menarik minat universiti seluruh dunia agar bersaing dalam usaha mengurangkan pembebasan gas rumah hijau secara global.

Sementara itu, Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Shahrin Sahib berkata, UTeM akan terus konsisten menjayakan program itu selari dengan amalan mengurangkan pembebasan gas rumah hijau melalui aktiviti pendidikan dan penyelidikan bersepadu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada PKA dan semua Pusat Tanggungjawab UTeM yang terlibat melaksanakan polisi amalan hijau di UTeM kerana tanpa kerjasama tersebut, sudah tentu sukar memenuhi keperluan amalan hijau secara menyeluruh di universiti ini.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago