Categories: Ketua MenteriMELAKA

TYT nasihat Adly fokus tugas seperti biasa

AYER KEROH 27 Feb. – Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob telah menasihati Ketua Menteri, Adly Zahari agar terus fokus kepada tugas mentadbir kerajaan negeri, di sebalik situasi ketidaktentuan politik yang berlaku di peringkat nasional.

Adly berkata, nasihat itu telah disampaikan kepadanya ketika mengadakan pertemuan dengan Mohd Khalil di pejabatnya sebelum mengadakan Mesyuarat Mingguan Kerajaan Negeri (MMKN) semalam.

Katanya lagi, selain nasihat tersebut, beliau turut membincangkan mengenai perkembangan dan pembangunan di peringkat kerajaan negeri.

“Seperti biasa saya akan adakan pertemuan dengan Tuan Yang Terutama Tun sebelum mesyuarat exco dan saya akan maklumkan mengenai perkembangan dan progres pembangunan di peringkat kerajaan negeri. Selain itu, kita juga membincangkan mengenai politik semasa.

“Daripada pertemuan itu, TYT Tun telah menasihatkan saya untuk terus fokus kepada tugas-tugas yang diamanahkan untuk mentadbir kerajaan,” katanya di sidang media pasca Mesyuarat Exco, di Seri Bendahara, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai situasi politik di negeri ini, Adly menegaskan pihaknya tidak terganggu dengan sebarang spekulasi yang ditimbulkan, sebaliknya akan terus fokus kepada tugas untuk rakyat Melaka.

“Kalau ditanya mengenai status kerajaan negeri, kita masih mengekalkan status quo yang sedia ada di mana setiap Exco, ahli dewan undangan negeri (ADUN) dan pentadbiran di peringkat negeri akan kekal seperti biasa termasuk di peringkat MPKK.

“Jadi, selagi semua exco masih kekal dan tidak meletak jawatan, maka itu adalah keabsahan kepada pentadbiran sedia ada. Jadi, kita memang akan teruskan tugas seperti biasa dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” katanya lagi.

Mohamad Fazrul Abdul Majid

Leave a Comment
Share
Published by
Mohamad Fazrul Abdul Majid
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago