Turun padang bantu golongan memerlukan

DURIAN TUNGGAL 8 Nov. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal, Datuk Mohd Sofi Wahab antara wakil rakyat yang sering turun padang bagi melihat nasib golongan memerlukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Tindakan itu diambil bagi memastikan segala permasalahan dan kebajikan rakyat diselesaikan dan mengelakkan isu-isu yang terlepas pandang.

“Hari ini saya berkesempatan mengadakan ziarah kasih di Kampung Padang Keladi dan saya lihat masih ramai yang perlu diberikan bantuan dan perhatian.

“Saya yakin aktiviti seumpama ini bukan sahaja dapat mengurangkan beban golongan terlibat tetapi mendekatkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi MelakaKini.

Antara yang dilawati termasuk golongan kelainan upaya (OKU), pesakit baru menjalani pembedahan dan warga emas menghidap penyakit kronik.

Mohd Sofi bersama pihak Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) akan sentiasa menghulurkan bantuan jika masyarakat dalam DUN itu benar-benar layak.

“Melihat kepada lawatan hari ini, kita akan cuba usahakan bantuan susu khas kepada salah seorang penerima.

“Manakala seorang lagi ibu tunggal OKU yang terpaksa menjaga dua anak OKU akan diusahakan bantuan tambahan bagi mengurangkan kesusahan ditanggungnya,” katanya.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 day ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago