Tukar tarikh FLIGHT secara ONLINE, Tahukah anda?

ALAMAK! Macam mana ni? Dah booking flight tapi ada hal lain, ada kecemasan, terpaksa tukar tarikh flight. Perkara ni selalu je terjadi pada kawan-kawan kita.
Sebenarnya sekarang lebih mudah, semuanya di hujung jari. Nak tahu macam mana tukar tarikh flight guna online. Jom baca posting ni.

– Sebelum tukar tarikh flight, korang kena pastikan tiket tersebut mestilah 48 jam sebelum waktu penerbangan dan pastikan korang tak check in lagi.

– Tapi korang akan dikenakan cas, bukan free tau.

– Apa yang kena buat adalah, pertama sekali klik edit itenerary di laman web syarikat penerbangan yang korang pilih (ini contoh untuk air asia).

– Lepas tu anda boleh change/upgrade flight atau split booking. Klik change/upgrade flight.

– Dah buat langkah pertama, langkah kedua pula adalah pilih tarikh yang korang nak tukar dan klik continue.

– Kemudian korang pilih ‘penambahan lain’ atau ‘add on’. Nanti akan keluar untuk belian makanan, tempat duduk, insuran, hotel, bas dan red carpet.

– Tandakan pilihan anda di ruang disediakan dan klik continue.

– Lepas tu barulah anda boleh lihat harga tiket untuk booking yang baru.

– Dah tengok dan pastikan harga tu ok, korang boleh ke langkan seterusnya untuk review serta confirm flight sebelum buat pembayaran.

– Lepas bayar akan keluar paparan menunjukan tempahan anda sudah selesai. Ok dah boleh fly ikut tarikh baru anda.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini
Tags: evergreen

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago