Tukar sawit kepada tanaman hutan lain di empangan, kolam takungan – Adly

Tukar sawit kepada tanaman hutan lain di empangan, kolam takungan – Adly

Tindakan yang bijak kerana sawit menggunakan bekalan air yang banyak

AYER KEROH 20 Sept – Kerajaan negeri mengarahkan agar tanaman kelapa sawit di sekitar empangan ditukar menjadi tanaman hutan selepas tempoh 10 hingga 20 tahun.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, usaha itu bagi memastikan empangan dan kolam takungan kekal sebagai kawasan tadahan air.

“Kalau kita lihat kolam takungan di Durian Tunggal itu banyak terjejas dengan penanaman kelapa sawit di sekelilingnya.

“Tahun lepas kita dah ambil tindakan mewartakan kawasan kolam takungan itu dan arahkan Badan Kawal Selia Air (BKSA) untuk keluarkan semua yang terlibat dengan kelapa sawit termasuk agensi kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Seri Negeri, semalam.

Jelasnya, setiap pokok kelapa sawit itu menggunakan sumber air sama seperti keperluan seharian manusia.

“Jadi untuk jangka panjang, pembangunan negeri mesti selaras dengan persediaan air di negeri kita,” katanya.


SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES
TAGS