Tuisyen percuma kepada anak Asnaf

Tuisyen percuma kepada anak Asnaf

Selain GPMS, lebih banyak NGO atau badan korporat perlu tampil melaksanakan tanggungjawab sosial ini. Jangan harapkan kerajaan semata-mata untuk melakukan segalanya

BUKIT KATIL 19 Jun – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Bukit Katil mengambil inisiatif mengadakan program tuisyen percuma kepada anak asnaf dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil.

Yang Dipertua GPMS Bukit Katil, Mohd Rabbani Wakiman berkata, inisiatif itu seiring dengan saranan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari yang mahu lebih banyak badan bukan kerajaan (NGO) membantu anak asnaf mendapat pendidikan tambahan secara percuma.

GPMS ujarnya, akan bergabung dengan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Industries dan Jawatankuasa Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Bukit Katil bagi merealisasikan inisiatif itu secara berterusan.

“GPMS Bukit Katil sedia bekerjasama dengan agensi kerajaan dan badan korporat yang ingin menaja program tanggungjawab sosial ini secara bersama,” katanya.

“Program kelas tambahan atau tuisyen percuma ini akan dijalankan dalam masa terdekat dengan kerjasama MAIM Industries dan JAPERUN Bukit Katil bagi menyampaikan ilmu kepada anak asnaf ini dalam suasana lebih selesa dan kondusif,” katanya. Beliau berkata demikian, ketika ditemui pada Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Masjid Raudhatul Jannah di sini baru-baru ini.

 

Jangan terlepas berita terkini Negeri Melaka dengan Like dan Follow Facebook Page MelakaKini atau sertai dan lontarkan isu anda di Group MelakaKini untuk kami ketengahkan.

CATEGORIES
TAGS