Tuai padi dua kali setahun, hasil berganda

Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Pembinaan saliran air bernilai RM50,000 di tapak projek empangan sawah Serkam Anak Air telah berjaya meningkatkan hasil tuaian padi.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, jika sebelum ini padi dituai 1 kali setahun, dengan pembinaan saliran air itu sekali gus menggandakan penanaman padi kepada dua kali setahun.

Menurutnya, penanaman padi di kawasan itu telah dijalankan semula pada Ogos tahun lalu, selepas lebih dua tahun tidak diusahakan berikutan kekurangan sumber air di kawasan itu.

Beliau berkata demikian kepada media selepas sesi lawatan ke kawasan penanaman padi di DUN Serkam.

Jelas Adly, peningkatan tuaian padi kepada dua musim setahun itu sekaligus membantu lebih 27 petani tempatan, selain akan melihat kembali penambahbaikan infrastruktur bagi mengekalkan kawasan itu sebagai kawasan penanaman padi di negeri ini.

Katanya, sebanyak 4 pintu air telah dibina bagi menyalurkan sumber air ke kawasan padi Serkam seluas sekitar 60 hektar.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Ashalia binti Yusof

Leave a Comment
Share
Published by
Ashalia binti Yusof

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago