Categories: AntarabangsaSUKAN

Tottenham bertemu Liverpool di pentas akhir Liga Juara-Juara

TOTTENHAM Hotspur menumpaskan kelab bola sepak Belanda, Ajax dengan jaringan 3-2 pada Rabu sekaligus layak ke pentas final Liga Juara-Juara, lapor agensi berita Anadolu.

Pemain pertahanan Matthijs de Ligt membantu Ajax mendahului pada minit kelima disusuli jaringan kedua pada minit ke-35 oleh pemain tengah Hakim Ziyech, dalam aksi yang berlangsung di Arena Johan Cruijff, Amsterdam.

Tottenham kemudian bangkit menerusi jaringan hatrik Lucas Moura pada minit ke-55, ke-59 dan minit keenam pada babak tambahan.

Jaringan itu menjadikan kedua-dua pasukan terikat secara agregat 3-3 tetapi kelab bola sepak Inggeris itu mara ke final menerusi peraturan gol di tempat lawan.

Tottenham akan bertemu Liverpool dalam pentas akhir pada 1 Jun nanti di Madrid, Sepanyol. – BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago