PELANCONGAN Makan-Makan merupakan antara 13 sub-sektor pelancongan Negeri Melaka yang menjadi salah satu tarikan pelancong luar datang ke negeri ini.

Malah, ramai yang datang ke sini semata-mata untuk menikmati jutaan makanan yang terdiri daripada makanan tradisional dan moden yang diolah semula dari generasi ke generasi di Melaka.

Datang Melaka memang tak sah kalau tidak mencuba beberapa makanan yang ditularkan di media sosial sehinggakan ada yang sanggup beratur berjam lamanya semata-mata untuk mencuba keunikan makanan tersebut.

Tidak hairan lagi rata-rata makanan yang sering diperkatakan ini bukannya datang dari restoran bertaraf lima bintang pun tapi ia hanya didapati di kedai kaki lima, tepi jalan dan warung yang terdapat di negeri ini.

Jika datang ke Melaka, janganlah kita sekadar memburu makanan di tepi jalan saja, sedangkan masih banyak medan selera di negeri ini juga telah memperkenalkan makanan menarik sehinggakan ramai pengunjung lain juga datang ke medan selera di negeri ini untuk menikmati makanan yang disediakan.

MelakaKini ingin bawakan anda senarai ‘Top 5’ medan selera yang sering menjadi tumpuan pengunjung di negeri ini, kalau anda tak tahu, jom kongsikan bersama.

1. MEDAN SELERA MENGGONG, ALOR GAJAH

Medan selera terletak berhampiran Pasar Alor Gajah ini menawarkan pelbagai jenis makanan terdiri dar lauk pauk dan makanan bergoreng. Apa yang menjadikan ia cukup dikenali adalah Kuih atau Cucur Udang Alor Gajah yang menjadikan ramai ke sini untuk menikmatinya malah ramai yang sanggup menunggu semata-mata untuk `tapau’ bagi sebagai sajian di waktu petang.

2. MEDAN SELERA PASAR TRANSIT, BACHANG

Di medan selera ini juga dibahagikan dua bahagian iaitu kedai makanan Cina dan Melayu. Apa yang menarik di sini, ramai yang datang bagi membeli barangan dapur dan basah singgah di medan selera pasar ini untuk menikmati hidangan yang menarik. Antara yang menjadi tarikan di sini salah satunya ialah Mi Kari Selambak. Mi Kari Selambak di sini dihidangkan bersama kuah daging yang cukup menyelerakan disebabkan ramuan asli resepi rahsia keluarga yang diwarisi. Apa yang menjadi tarikan juga, anda akan melihat seorang wanita akan menebar roti canai dalam keadaan duduk di warung tersebut setiap pagi dan itu turut menjadi tarikan utama di warung itu.

3. MEDAN SELERA PASAR BORONG, BATU BERENDAM

Di sini pula, banyak makanan menarik anda boleh dapati. Terdapat dua sajian warisan telah membuatkan medan selera ini terkenal di mata anak jati negeri ini. Bila sebut Roti Canai Terbang dan Asam Pedas Pasar Borong, inilah lokasinya yang sering bermain di bibir anak Melaka. Apa lagi, jom lerr singgah!

4. MEDAN SELERA MPHTJ (DEPAN KILANG INFINEON)

Menjelang waktu tengah hari, kalau lambat sikit anda semua kena tunggu sebab ramai yang datang di sini semata-mata untuk menikmati Nasi Ayam dan Nasi Goreng Ayam di sini. Lebih menarik, pelbagai warung di sini menjual makanan sama namun masih mengekalkan keenakan makanan tersendiri. Kalau lapar, mahu makan ‘portion’ lebih, meh la datang sini!

5. MEDAN IKAN BAKAR SERKAM

Medan Ikan Bakar Serkam sering bermain diminda pelancong yang pernah datang ke Melaka. Senang kata, datang sekali mesti nak lagi, itulah yang boleh digambarkan apabila berkunjung ke medan ikan bakar ini. Pelbagai jenis makanan laut dihidangkan bersama kuah asam dan kicap pedas menjadi menu utama makanan di sini.


SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Faiz Hasan

Leave a Comment
Share
Published by
Faiz Hasan
Tags: evergreen

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago