Top 3 restoran nasi kandar wajib cuba di Melaka

ASAM PEDAS merupakan antara menu yang sering dicari pengunjung yang datang ke Melaka.

Hakikatnya, tidak semua orang menyukai asam pedas.

Kepada mereka yang tidak menggemari asam pedas, usah gundah-gulana kerana di Melaka macam-macam makanan ada bagi memenuhi selera unik pengunjung yang memang akan sentiasa berbeza.

Jika anda seorang penggemar nasi kandar, Melaka turut mempunyai beberapa restoran nasi kandar yang dapat memuaskan gian anda tanpa perlu berkunjung jauh ke Penang.

Berikut adalah tiga restoran nasi kandar yang boleh anda cuba bila berkunjung ke Melaka.

1. NASI KANDAR PADANG KOTA @ MITC, AYER KEROH

Terletak di Pasaraya Mydin di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh. Lokasi Nasi Kandar Padang Kota adalah sinonim dengan Mydin.

Di mana ada Mydin, di situ biasanya akan ada Restoran Nasi Kandar Padang Kota.

Antara lauk yang perlu dicuba di sini ialah telur sotong. Pastikan anda minta ‘kuah campur’ untuk nasi kandar anda. Nasi Kandar Padang Kota juga boleh didapati di Mydin Jasin.

2. ORIGINAL PENANG KAYU NASI KANDAR @ HATTEN SQUARE, BANDA HILIR

Bagi sesetengah pengunjung, nama Original Penang Kayu Nasi Kandar mungkin sesuatu yang agak baru.

Namun jenama tersebut sudah tersohor di Pulau Pinang dan Lembah Klang. Original Penang Kayu Nasi Kandar baru sahaja memulakan operasi di Melaka pada September lalu dan terletak di Hatten Square, Banda Hilir.

3. NASI KANDAR SUBAIDAH @ MITC, AYER KEROH

Antara restoran nasi kandar terawal bertapak di Melaka yang kini melangkaui satu dekad.
Selain memiliki tiga cawangan di Melaka, Restoran Nasi Kandar Subaidah turut mempunyai rangkaian di Pulau Pinang dan Kedah.

MITC Ayer Keroh merupakan cawangan terawal dan terbesarnya di negeri ini.

Pada suatu ketika dahulu ada ura-ura Kerajaan Negeri Melaka akan bekerjasama dengan Restoran Nasi Kandar Subaidah untuk membuka cawangan di Kota Mekah, Arab Saudi.

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment
Share
Published by
Roshidi Abu Samah

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

12 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago