Top 10 KRAFTANGAN unik di Melaka, NO 4 tu menarik!

SENI budaya Melaka yang di dalamnya mencerminkan keunikan bangsa dan budaya banyak menghasilkan produk warisan, dan ia sering di dipamerkan di kedai-kedai jualan, namun akibat pertembungan budaya dan bahan warisan dari luar, produk tradisional negeri ini kurang mendapat perhatian dan sering dilihat sebagai bahan jualan biasa. Oleh itu, ikuti artikel ini untuk mengetahui, 10 produk kraftangan unik yang dilahirkan di bumi Hang Tuah lima bersaudara ini.

1. TEROMPAH BABA NYONYA

Garapan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India sudah tidak lagi asing di Malaysia, terutamanya Melaka. Dari pertembung tiga budaya inilah yang mewarnai seni di Melaka dan salah satunya adalah terompah baba nyonya. Diperbuat dari kayu dan menjadi sepatu masyarakat Cina dahulu kerana ia tahan lama dan kalis air, namun kini ia jarang disarungkan pada kaki generasi muda. Mempunyai corak lukisan seperti bunga dan kartun.

2. BUSANA TRADISIONAL MASYARAKAT CHETTI

Wanita Chetti biasanya memakai baju dan sarung seperti wanita Nyonya dan Melayu. Apa yang menariknya, pakaian itu perlu diselitkan dengan sapu tangan pada bahu kiri atau kanan yang mana kegunaannya adalah bagi amalan menyapu air liur bersirih pada bibir. Ia juga tampak seperti kebaya dan sarung tetapi yang membezakannya adalah bentuk potongan ‘V’ pada leher sedangkan kebaya wanita Melayu biasanya lurus ke bawah. Baju itu juga dipakai dengan memasukkan lengan sebagaimana kita biasa memakai kemeja berbutang; manakala kebaya Melayu disarungkan melalui kepala.

3. TANJAK KESULTANAN MELAYU MELAKA

Tanjak, tengolok atau destar adalah salah satu busana wajib yang perlu ada pada lelaki Melayu yang sering dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat bangsa Melayu. Ia sering dipadankan dengan bengkung, sampin dan baju Melayu beserta keris. Bagi tanjak kesultanan Melayu Melaka pula, ia hanyalah sehelai kain yang digunakan dan diikat di kepala untuk menutup rambut supaya kelihatan kemas. Dan ia kelamaan berubah dan menjadi cantik mengikut zaman dan diolah mengikut taraf seseorang itu.

4. KERIS TAMING SARI

Keris asli masih belum dijumpai dan ia pernah digunakan Laksamana Hang Tuah dan amat terkenal dan dikatakan mempunyai kuasa sakti ketika bertarung dimana penggunanya kebal dari kecederaan. Tetapi sudah tentu, yang dijual hanyalah replika atau pun kraftangan yang mungkin mirip kepada rupa asalnya. Buat mereka yang meminat seni unik ini, mungkin boleh mencari pembuat keris dengan harga yang tertentu.

5. GASING RIAU

Yang ini memang biasanya ramai yang terlepas pandang, kerana ramai tidak mengetahui kewujudannya. Gasing merupakan permainan tradisional masyarkat nusantara dan dimainkan dengan memusingkan tali yang diikat pada bahagian kepala gasing. Permainan ini turut dipengaruhi faktor-faktor penghijrahan penjajahan dan perdagangan yang berlaku pada masa lalu, Ia mempunyai persamaan dengan gasing Melaka dan jika ditinjau di Riau sendiri, ramai yang memang berasal dari Melaka. Pengaruh ini jelas menunjukkan bahawa ada pertalian yang penting antara aliran pengaruh dan gaya permainan masyarakat tempatan dengan tempat lain.

6. KERETA LEMBU

Kenderaan ini juga diklasifikasikan sebagai kraftangan, cuma ia mungkin agak besar, terpulang kepada pembaca mahu membeli atau tidak, harganya juga mungkin boleh ‘slow talk’ sikit. Ia merupakan pengangkutan utama di Melaka suatu ketika dulu, dan yang membezakannya dengan negeri lain adalah perhiasannya yang beraneka warna dan mempunyai bumbung serta bentuknya seperti tanduk lembu.

7. KEYCHAIN MELAKA

Tampak biasa, tetapi ia merupakan sesuatu yang istimewa sekiranya dihadiahkan kepada rakan atau saudara mara selepas anda melawat negeri ini. Ia hadir dalam pelbagai bentuk seperti keris, binaan bangunan tradisional dan pelbagai. Dan boleh didapati di gerai warisan sekitar Bandaraya Melaka.

8. SERULING BURUNG

Merupakan alat muzik tiup yang sudah sinonim dengan masyarakat di negara ini. Diperbuat dari buluh dan tidak memerlukan teknologi canggih untu menciptanya. Ia menghasilkan intonansi keras dan lembut bergantung pada penggunanya bagi menghasilkan bunyi seakan burung. Kebiasannya dijual di Melaka menerusi gerai warisan sekitar Bandar Hilir.

9. TUDUNG SAJI

Penutup makanan yang diperbuat dari rotan mengkuang. Ia digunakan orang Melayu zaman dahulu kala bagi memelihara makanan dari rosak akibat binatang dan serangga liar.

10. SONGKET MELAKA

Diilham dari Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Khalil Yaakob. Songkek Melaka dibezakan dengan corak bunga Kesidang yang menjadi simbol rasmi kerajaan Melaka. Projek membuatnya dilaksanakan oleh Institut Seni Malaysia Melaka (ISMMA) pada 2004 sebelum dijadikan sebagai antara lambang keunikan produk pelancongan Melaka.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan
Tags: evergreen

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago