Tolak cadangan saringan urin ke atas wakil rakyat

AYER KEROH 22 Nov. – Perancangan bagi mengadakan ujian saringan air kencing ke atas wakil rakyat di negeri ini ditolak Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Omar Jaafar disebabkan tiada dalam agenda perbahasan dalam Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Kedua DUN Ke-14.

Cadangan yang dibahaskan tersebut mencuri perhatian barisan ahli dewan menerusi soalan tambahan yang diajukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) dan Datuk Wira Ghazale Muhamad (BN-Rim).

Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Low Chee Loeng itu bagaimanapun menjawab saringan berkenaan boleh dilakukan kepada semua wakil rakyat dengan menamakan Ghazale sebagai orang pertama yang akan menjalani ujian terbabit.

Ghazale kemudiannya bersetuju sebelum dicelah Idris yang menawarkan dirinya sebagai orang pertama untuk menjalani ujian itu.

Namun, cadangan itu ditolak Omar disebabkan ia tiada dalam agenda persidangan kali ini.

Terdahulu, menerusi soalan lisan yang dikemukakan Ghazale mewakili Datuk Latipah Omar (BN-Taboh Naning) yang bertanyakan Chee Leong berhubung pelaksanaan kerajaan negeri membanteras gejala dadah di Melaka.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago