Categories: KebajikanMELAKA

TNB akan terus bantu baik pulih, bina rumah untuk golongan susah di Melaka

MACHAP JAYA 14 Jan. – Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan meneruskan program Projek Mesra Rakyat TNB pada tahun ini bagi membantu golongan susah di negeri ini mendiami rumah yang lebih selesa.

Ketua Perkhidmatan Pelanggan TNB Melaka, Ahmad Rezahan Mohammad berkata, bagi 2019, pihaknya memperuntukkan sebanyak RM100,000 untuk program berkenaan membabitkan kerja-kerja pembinaan dan baik pulih rumah di negeri ini.

Daripada jumlah tersebut, katanya, RM50,000 diperuntukkan bagi membina sebuah rumah baharu di Gadek manakala RM50,000 lagi digunakan untuk membaik pulih dua buah rumah di kawasan Machap Jaya.

“Projek Mesra Rakyat pada 2019 kita telah beri peruntukan untuk tiga buah rumah. Seperti yang dilihat, kita melawat dua buah rumah yang sudah siap dibaik pulih di kawasan Machap Jaya dan dua atau tiga hari lagi kita akan merasmikan pembinaan sebuah rumah baharu di kawasan Gadek.

“Saya boleh katakan projek ini akan kita teruskan dan Insya Allah kita akan cuba buat tambahan dari segi peruntukan dan rumah yang terlibat bagi tahun 2020 ini,” katanya ketika ditemui di sesi lawatan tapak rumah Projek Mesra Rakyat 2019, di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar Negeri, Datuk Ginie Lim Siew Lin.

Mengulas lanjut mengenai inisiatif yang dijalankan TNB, Ahmad Rezahan menjelaskan projek ini tidak hanya memfokuskan kepada kawasan luar bandar sebaliknya ia memberi tumpuan kepada aspek kesusahan rakyat di seluruh negeri tanpa mengira kawasan.

“Kita tidak hanya memilih kawasan luar bandar tetapi juga di bandar bergantung kepada keperluan. Apa yang penting ialah bantuan ini disalurkan kepada yang benar-benar layak.

“Mengenai kriteria pemilihan, itu kita serahkan kepada YB exco untuk kenal pasti kerana kita tahu setiap DUN mempunyai Japerun dan MPKK yang lebih arif mengenai kesusahan masyarakat setempat dan dari situ kita akan melihat sendiri setiap rumah sebelum ia dipilih sama ada untuk dibaik pulih atau dibina baharu,” jelasnya.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

3 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago