Categories: MELAKA

Tingkat kesedaran mengenai kesihatan, kebersihan

BEMBAN 9 Okt. – Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan dalam usaha meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kesihatan dan kebersihan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Datuk Dr. Wong Fort Pin berkata, bagaimanapun, kerjasama semua pihak diperlukan dalam merealisasikan matlamat itu.

Menurutnya, Program Jom Kekal Sihat dan Gotong-royong Perdana bersama komuniti dianjurkan baru-baru ini juga menjadi salah satu pendekatan terbaik mendedahkan kepentingan menjaga kesihatan dan kebersihan kepada golongan sasar.

“Program ini walaupun diadakan dalam skala kecil tetapi sedikit sebanyak ia dapat menyampaikan mesej yang tepat kepada penduduk di sini.

“Apa yang penting mereka sanggup meluangkan masa menjayakan program ini,” katanya kepada MelakaKini.

Program diadakan di Balairaya Kampung Kesang Pajak itu dianjurkan Pejabat Kesihatan Daerah Jasin, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Kesang Jaya dengan kerjasama Klinik Kesihatan Kemendor.

Hadir sama, Ketua Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Zulkifli Mohamad dan Pengerusi MPKK Kesang Jaya, Mokhtar Husin.

Tambah Fort Pin, penganjuran program itu diharap dapat dimanfaatkan dengan baik oleh semua pihak.

“Kedua-dua aspek, bersih dan sihat ini sangat penting dalam kehidupan seharian dan saya harap program seumpama ini boleh dilaksanakan dari semasa ke semasa,” katanya.

Antara aktiviti dijalankan termasuk pemeriksaan kesihatan percuma, cabutan bertuah, pameran kesihatan, pertandingan kerabu sihat, pemeriksaan pergigian percuma dan ceramah kesihatan.

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Admin MelakaKini

Leave a Comment
Share
Published by
Admin MelakaKini

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 days ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago