Tingkat kemudahan surau di premis komersial

Tingkat kemudahan surau di premis komersial

Cadangan bagus. Surau memang perlu diperkasakan tak kira mana jua sekalipun.

AYER KEROH 25 April – Kerajaan negeri memandang serius aduan orang ramai khususnya masyarakat Islam mengenai kemudahan surau di premis-premis komersial.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kebanyakan surau di premis komersial diletakkan di tempat terpencil dan keluasannya tidak sesuai dengan keperluan pengunjung.

“Justeru, saya minta pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta supaya memberi maklum balas mengenai syarat-syarat kebenaran merancang yang telah ditetapkan.

“Ini bagi memastikan kemudahan surau yang disediakan di premis komersial sesuai dan memenuhi keperluan pengunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di Seri Negeri, hari ini.

Jelasnya, setakat ini jumlah surau masih belum dikenalpasti, namun kerajaan negeri sedang mengarahkan PBT dan JKR untuk lihat keperluan tersebut.

“Kita akan lihat semula pusat-pusat komersial atau membeli belah ini bagi memastikan ia menyediakan surau yang sesuai untuk pengunjung.

“Pertama kita kena lihat pembangunan sedia ada dan kedua perancangan untuk pembangunan yang akan datang,” katanya.

CATEGORIES
TAGS