Categories: ISUMELAKA

Tindakan tegas terhadap mereka yang sebarkan berita palsu – Exco

ISU penyebaran berita palsu bagaikan tiada titik noktahnya.

Saban hari ada sahaja berita yang tidak dapat dipastikan kesahihannya tular di media sosial.

Justeru Melakakini menemubual Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Kerk Chee Yee berhubung isu penyebaran berita palsu yang kian berleluasa kini.

Berikut adalah pandangan beliau terhadap isu berkenaan.

MELAKAKINI: Penyebaran berita palsu khususnya melalui media sosial yang berleluasa kini. Komen YB terhadap isu ini?

KERK CHEE YEE: Penyebaran berita palsu adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab yang mampu menjejaskan keharmonian masyarakat kalau tidak ditangani dengan betul. Tambah lagi, ada peningkatan penyebaran berita palsu sekarang memandangkan pihak yang menyebarkan berita palsu mempunyai agenda politik.

Ada beberapa punca kenapa berita palsu boleh berleluasa sekarang. Salah satu ialah sikap masyarakat sekarang yang kurang menyemak fakta sebelum “viralkan” sesuatu. Asalkan sesuatu berita yang terima dalam media sosial atau messaging app itu mempunyai faktor “virality” yang tinggi, berita itu akan disebarkan tanpa disemak.

Tabiat kita mendapat maklumat dan berita juga telah berubah. Jumlah rakyat yang membaca berita/menerima maklumat melalui media sosial atau “messaging app” semakin meningkat dan tidak lagi membaca surat khabar atau portal rasmi media. Ini menyenangkan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu.

MELAKAKINI: Perlukah tindakan tegas diambil terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu? Cadangan YB?

KERK CHEE YEE: Tindakan tegas harus diambil terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu yang mampu merosakkan keharmonian masyarakat. Salah satu tindakan yang boleh diambil oleh rakyat apabila berdepan dengan berita palsu ialah laporkan kepada pihak berkuasa seperti polis dan MCMC.

Saya juga ingin ulangi pendirian saya bahawa rakyat atau penerima maklumat merupakan “first line of defense”. Apabila tidak pasti tentang sesuatu maklumat yang diterima, semak dulu sebelum sebarkan.

Agak mustahil secara praktikal bagi pihak kerajaan mewujudkan sebuah agensi untuk semak semua maklumat dan berita yang ada dalam sosial media dan “messaging app.”

MELAKAKINI: Ada pandangan menyatakan tindakan memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar 2018 menyebabkan kerajaan sukar untuk menangani penyebaran berita palsu. Pandangan YB?

Singapura adalah antara negara yang menguatkuasakan akta anti berita palsu. Perdana Menteri Singapura dilaporkan berkata berita palsu adalah masalah serius yang membimbangkan banyak negara.
Selaku Exco yang memegang portfolio yang berkaitan, pandangan YB sama ada perlu diwujudkan akta anti berita palsu bagi menangani masalah itu?

KERK CHEE YEE: Saya sokong pemansuhan akta tersebut pada ketika itu atas dua sebab: pertama – akta tersebut mempunyai klausa yang “vague” dan tidak “comprehensive”, dan akan “subject to manipulation of the law”.

Antaranya, macam mana kita define fake news? Siapakah agensi yang akan “verify” kesahihan sesuatu berita? Adakah mekanisme untuk mengelakkan akta tersebut digunakan untuk “clamp down” pihak yang mengkritik kerajaan? dan kedua – akta tersebut diwujudkan dengan niat untuk kawal kebebasan maklumat (Freedom of information) untuk tujuan politik menjelang PRU14. Antara maklumat yang mungkin dikawal adalah tentang 1MDB (rujuk kepada link https://www.thestar.com.my/news/nation/2018/03/21/unverfied-info-on-1mdb )

Namun, kita perlukan penambahbaikan dari segi undang-undang sama ada dalam bentuk ubahsuai akta sedia ada atau gubal akta baru untuk mengatasi masalah berita palsu yang mengakibatkan masalah sosial dan masyarakat.

MELAKAKINI: Adakah YB mempunyai apa-apa statistik berhubung isu penyebaran berita palsu di Melaka seperti jumlah aduan, tindakan dan sebagainya?

KERK CHEE YEE: Berdasarkan statistik daripada aduan yang diterima oleh MCMC Melaka, secara purata lebih kurang 10 aduan sebulan dalam negeri Melaka tentang berita palsu yang berunsur fitnah.
Namun, dipercayai jumlah berita palsu yang tidak dilaporkan jauh lebih tinggi. MCMC akan ambil tindakan sewajar termasuk berhubung dengan platform media sosial (Facebook, Twitter, Youtube). Pengadu juga dinasihat untuk melapor kepada polis jika ia melibatkan unsur jenayah.

Roshidi Abu Samah

Leave a Comment
Share
Published by
Roshidi Abu Samah

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago