Tindakan Shukor Adan betul, tetapi ‘kurang manis’ – Mohd Ashiq

TINDAKAN bekas kapten pasukan Melaka United (MU), Mohd Shukor Adan yang memuat naik tuntutan haknya di media sosial disifatkan sebagai kurang manis oleh Pengurus Pasukan skuad Piala Presiden MU, Mohd Ashiq Abdul Samad.

Beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA) berkata, bekas pemain pertahanan itu yang kini beraksi bersama Kuala Lumpur di saingan Liga Perdana 2020 tidak seharusnya menularkan perkara berkenaan.

Pihak persatuan katanya, memandang serius hal membabitkan tunggakan gaji musim lalu dan menjangkakan ia dapat diselesaikan secepat mungkin.

Tanpa menuding kesalahan itu pada mana-mana pihak, Mohd Ashiq berkata, pemain veteran berusia 40 tahun itu sewajarnya memberi ruang kepada pihak persatuan menyelesaikan isu terbabit.

“Berkenaan Shukor Adan, ‘ye lah’ mengenai tunggakan memang kena bayar cuma dalam pengetahuan saya MUSA memandang serius tentang hal ini.

“Kena beri kita ruang sedikit, memang Presiden MUSA, Damian Yeo Shen Li sedang menyelesaikan perkara itu.

“Dan tindakan Shukor pula, susah nak cakap, dia menuntut haknya dan pada saya dia boleh tuntut dan perkara itu betul,

“Dan tindakan kita juga betul, cuma faham-fahamlah sendiri perkara di media sosial, MUSA sentiasa membincangkan perkara ini tiap kali bermesyuarat, jadi bila perkara ini ditularkan, ia tidak manis,” katanya ketika dihubungi MelakaKini, hari ini.

Beliau dalam masa sama menasihatkan penyokong agar tidak membuat kesimpulan sendiri melibatkan isu itu.

Jelasnya, warganet dan para penyokong sewajarnya menunggu kenyataan rasmi dari pihak persatuan dan tidak menghebahkan khabar angin yang hanya akan menjejaskan nama persatuan.

“Ada yang kata Shukor nak jumpa presiden tetapi tidak dilayan, itu semua khabar angin.

“Presiden tiada masalah untuk berjumpa dengan siapa-siapa dan dia sangat terbuka.

“Kita di MUSA sendiri tidak tahu akan perkara itu, tetapi netizen lebih tahu, saya jadi pelik, sepatutnya kami di persatuan lebih tahu.

“Saya baca di Facebook jadi pelik, mereka ini lebih handal dari kita,” katanya.

Ketika dihubungi, Shen Li turut menafikan Mohd Shukor sukar bertemu dengannya.

“Tunjuk bukti kalau betul dia jumpa saya, whatsapp dan telefon pun tiada.

“Jika takut berjumpa, whatsapplah saya, semua orang tahu nombor saya,” katanya.

Ahmad Fuad Bin Ramdan

Leave a Comment
Share
Published by
Ahmad Fuad Bin Ramdan

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 month ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

4 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

4 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

4 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

4 months ago