Categories: ISUMELAKA

Tindakan perlu adil, menyeluruh – Rafiq

MELAKA 21 Ogos – Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen menggesa tindakan tegas perlu diambil ke atas semua individu yang menyentuh hal sensitif dalam negara.

Sambil mengakui pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik tidak wajar menyentuh sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini, beliau mahu tindakan yang dikenakan ke atas Zakir, perlu dikenakan terhadap beberapa individu lain yang berkaitan.

“Tindakan undang-undang yang diambil secara lebih adil, menyeluruh dan tidak selektif atas isu-isu
kontroversi yang melanda negara, termasuk isu Zakir. Ini merupakan harapan seluruh rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Rafiq yang juga Exco Perindustrian, Perdagangan dan Pelaburan negeri berkata, seorang menteri Kabinet yang menggelar Melayu sebagai pendatang dan seorang individu bergelar Tan Sri yang menukar warna Jalur Gemilang kepada warna hitam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput itu turut mempertikaikan tindakan seorang ahli perniagaan yang mendakwa anggota tentera Malaysia hanya tahu makan dan tidur serta wakil rakyat yang mengaitkan tulisan Jawi dengan penerbitan buku pornografi.

Mengenai Zakir, ujarnya, pendakwah dari India itu sudah menerima teguran daripada pelbagai pihak dan selepas itu dia membuat permohonan maaf secara terbuka.

Kata beliau, Perkara 3 Perlembagaan Malaysia secara jelas menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan.

Justeru, tegasnya, sebarang usaha untuk memperkukuhkan kedudukan Islam oleh mana-mana pendakwah sepatutnya tidak menjadi pertikaian dan dibenarkan selagi ia menggunakan pendekatan berhemah dan tidak melanggar undang-undang negara.

ENDS…

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

Yusri Sahat

Leave a Comment

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

1 year ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

1 year ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

1 year ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

1 year ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

1 year ago