Categories: MELAKANASIONAL

Tindakan penguatkuasaan atasi gejala vape pelajar sekolah

KUALA LUMPUR, 14 Nov. – Kementerian Kesihatan melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan rokok elektronik mengandungi cecair nikotin dan penggunaannya dalam kalangan mereka yang berusia 18 tahun dan ke bawah dalam usaha membanteras gejala vape dalam kalangan pelajar sekolah.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata tindakan penguatkuasaan yang dijalankan di seluruh negara itu tertumpu kepada kedai-kedai menjual rokok elektronik atau vape berhampiran sekolah yang menjadi akses kepada pelajar.

“Rokok elektronik yang menggunakan cecair bernikotin adalah dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan dilarang penjualannya kecuali oleh ahli farmasi berlesen serta pengamal perubatan berdaftar,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) mengenai langkah mengawal penjualan vape atau rokok elektronik yang kini menjadi trend serta tarikan terutama remaja dan pelajar sekolah.

Dalam pada itu, Dzulkefly berkata kementeriannya juga giat menjalankan penguatkuasaan pendidikan berkaitan larangan merokok di premis makanan dengan 146,607 premis makanan telah diperiksa setakat ini.

Katanya pihaknya turut mengeluarkan notis amaran kepada 27,759 premis kerana gagal meletakkan tanda larangan merokok, manakala 3,889 notis dikeluarkan bagi orang yang didapati merokok di kawasan kedai makan.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok yang ingkar larangan merokok di semua premis makanan akan bermula 1 Jan tahun depan. – BERNAMA

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria
Tags: utama

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago