Categories: MELAKAPBT

Tindakan awal elak risiko kebakaran

Oleh JURAIDAH OTHMAN

JASIN 8 Ogos – Pendedahan awal berhubung keselamatan kebakaran di kediaman dan premis penting bagi membolehkan tindakan awal diambil untuk melindungi nyawa dan harta benda dari risiko tidak diingini.

Pensyarah Pertubuhan Pencegah Kebakaran, Nur Nabila Huda Khairudin berkata, kempen keselamatan kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) secara berterusan bertujuan memberi pendidikan kepada umum membentuk sebuah masyarakat yang mengamalkan budaya mencegah kebakaran.

Beliau berkata, pelbagai inisiatif dan aktiviti pendidikan dilaksanakan JPBM seluruh negara merangkumi semua lapisan masyarakat.

“Antara usaha tersebut, memberi khidmat nasihat kepada orang ramai melalui Bahagian Keselamatan Kebakaran dengan memberikan penerangan ceramah, latihan dan demonstrasi mengenai risiko kebakaran, penyelenggaraan bangunan yang teratur.

“Kempen-kempen dijalankan penting untuk memberi informasi secara langsung bagaimana cara menyelamatkan diri dan mengawal api dari merebak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Taklimat Kendali & Perincikan Pelan Pengungsian Kebakaran di bilik mesyuarat Vista Alamanda, Majlis Perbandran Jasin (MPJ) di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, program itu bertujuan memupuk rasa tanggungjawab masyarakat terhadap kepentingan keselamatan kebakaran.

Ia penting apabila setiap individu dari pelbagai peringkat umur agar bersama memahami apakah maksudnya menjaga keselamatan di tempat kerja dan kediaman mereka.

Ujarnya, adanya kempen seumpama itu, ia memberi pendedahan dan pengetahuan asas kepada masyarakat terhadap kepentingan dan tindakan sebagai ‘first responder’.

“Ini adalah usaha kita bagi memastikan program pencegahan kebakaran terus ditingkatkan,” katanya.

Ianya dengan menjalankan pelbagai inisiatif selaras perancangan strategik bagi perkasakan orang ramai dalam aspek keselamatan,” katanya.

Sehubungan itu, taklimat tersebut telah disertai seramai 40 warga kerja MPJ.

Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Leave a Comment
Share
Published by
Mohd Hamzatul Akmar Md Zakaria

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 months ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

5 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

5 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

5 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

5 months ago