Tiga graduan UTeM cemerlang peroleh Ijazah Berkembar

Farah Suhaidah Othman

MELAKA TENGAH 10 Dis. – Tiga graduan Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) berjaya menamatkan Ijazah Berkembar pada Majlis Konvokesyen UTeM ke-15 di Dewan Canselor, kampus induk universiti berkenaan baru-baru ini.

Ijazah berkembar itu merupakan kerjasama strategik antara Fakulti Kejuruteraan Pembuatan (FKP), UTeM dengan Fakulti Mekanikal dan Kejuruteraan Bio Proses, Hochschule Hannover – University of Applied Sciences and Arts (HsH), Jerman.

Ketiga-tiga graduan bagi program ijazah berkembar berkenaan adalah Khairun Nadiah Kamaruzaman, Khor Huai Khang dan Ain Fatehah Mohd Hisham.

Naib Canselor UTeM, Profesor Datuk Wira Dr Raha Abdul Rahim berkata, program terbabit menawarkan dua ijazah serentak iaitu Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan, UTeM dan Ijazah Sarjana Muda Mekanikal HSH Jerman.

Katanya, mahasiswa yang mengambil ijazah terbabit perlu melalui kaedah pengajian 3+1+1 iaitu tiga tahun pengajian di UTeM manakala satu tahun di HSH Jerman dan kembali ke UTeM bagi menyempurnakan setahun pengajian lagi.

“Setelah setahun pengajian di HSH ketiga-tiga mereka telah pun berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Mekanikal dari HSH Jerman untuk sesi 2017/2018 lalu dan kembali ke UTeM bagi melengkapkan satu tahun pengajian lagi untuk sesi 2018/2019 pula,” ujarnya.

Selepas menamatkan Ijazah Berkembar terbabit, ketiga-tiga graduan terbabit turut menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Pembuatan dengan kepujian di UTeM.

Mengulas lanjut Dr Raha berkata, UTeM turut berjaya menghasilkan seorang lagi graduan Ijazah Berkembar bagi Doktor Falsafah Kejuruteraan Pembuatan di UTeM dan Ijazah Doktor Kejuruteraan bagi Life and Materials System Engineering di Universiti Tokushima, Jepun.

Beliau berkata, graduan Ijazah Berkembar Doktor Falsafah ini diraih Edynoor Osman selepas berjaya melengkapkan tempoh pengajiannya mulai 18 Februari 2015 hingga 30 Oktober 2019 lalu secara separuh masa.

“Dalam tempoh pengajian berkenaan graduan ini berjaya melengkapkan dua tesis yang berbeza dan lengkap menjalani viva sekali gus melayakkan beliau menerima kedua-dua PhD dari UTeM dan Universiti Tokushima,” katanya.

Yusri Sahat

Leave a Comment
Share
Published by
Yusri Sahat

Recent Posts

Hantar tulisan anda dan kami bayar!

Kami mencari penulis sambilan dan tetap di MelakaKini.my. Sekiranya tulisan anda dikeluarkan, kami akan bayar…

2 days ago

Hidup di laut jauhkan nelayan dari ancaman Covid-19

TANJUNG BIDARA 19 Mac - Nelayan adalah antara golongan dikatakan menghadapi risiko rendah untuk diserang…

2 months ago

COVID-19: 32 kes baharu di Singapura, jumlah terkini 345, 124 pulih

SINGAPURA 20 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) melaporkan sebanyak 24 kes import dan lapan…

2 months ago

Tiada rakyat Melaka meninggal dunia akibat Covid-19: Exco Kesihatan

AYER KEROH 20 Mac - Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman menafikan dakwaan…

2 months ago

ATM nafi atur gerak aset tentera untuk ambil alih negara

KUALA LUMPUR 20 Mac -- Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang menjelaskan…

2 months ago