Tiada tolak ansur dengan kontraktor gagal

Tiada tolak ansur dengan kontraktor gagal

Diharapkan kontraktor yang diberi peluang mematuhi kriteria ditetapkan

 

Ketua Menteri, Adly Zahari menegaskan pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana kontraktor yang tidak memenuhi kriteria kerja ditetapkan bagi projek Jabatan Kerja Raya (JKR) yang diamanahkan.

Jelas Adly, kualiti, kos serta tempoh masa merupakan aspek utama yang ditekankan dalam pelaksanaan projek diberikan.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Cabutan Kerja Undi Perdana JKR Melaka di Dewan Tun Ali, Bukit Katil.

Terdahulu, seramai 55 kontraktor Bumiputera diagihkan dengan projek JKR bernilai 3 JUTA RINGGIT.

Dalam pada itu, kerajaan negeri dengan kerjasama JKR akan membuka lebih banyak ruang pekerjaan kepada kontraktor dalam bidang pembinaan.

 

SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.

CATEGORIES